Sunday, July 31, 2011

pengumuman puasa 2011 - dah tukar orang lain ?

sejak dari kecil pengumuman puasa selalu pakcik ni







tapi semalam untuk pengumuman puasa ramadhan tahun 2011 /1431 hijrah dah tukar orang lain








x berapa nak syok la pulak :P. mana pergi pakcik sebelum ni ? tak sihat ker?

Umat Islam Malaysia mula berpuasa esok, 1 Ogos

KUALA LUMPUR 31 Julai - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam ini.

Pada 26 Julai lalu, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengumumkan tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab. – Utusan


MC : Selamat menyambut Ramadhan buat semua umat islam. SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS.

Saturday, July 30, 2011

Burger Paling sedap di Dunia ini

Lokasi nya


















Senarai Harga burger ter sedap di duniaa ( the best burger in the world )


















Ghomannn burgerr ehhhh ( rupa burger nya... topped by bawang goreng mandremm )




















Minah ni wat review burger tersedap ddunia. ( dari start masak sampai dia makan.... memang melelehhhh lahhh hishhh )


Thursday, July 28, 2011

Kelayakan Piala Dunia : ulat tiket jual malaysia lawan singapore sehingga RM150 sekeping


















































































tiket perlawanan kelayakan piala dunia antara malaysia dan singapore malam ini habis sebelum tenghari sebanyak 85,000 keping habis sekelip mata. kalau sebelum ini, jika anda pergi ke stadium untuk meyaksikan perlawanan antara malaysia dengan negara lain, Last minit pergi, 2 minit sebelum perlawanan pun tiket masih banyak lagi terjual.

ada sesetengah pihak menuduh 'orang dalam' kementerian mengambil kesempatan atas penjualan ini, sebabnya bukankah telah di limit penjualan tiket ini bagi setiap orang yang ingin membelinya ???

ramai penyokong kuat harimau malaya sejak azali juga tidak sempat mendapatkan tiket , gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab si ulat tiket ini. sehingga ada yang menggelar si ulat tiket pengkhianat !!!

begitulah perasaan penyokong setia harimau malaya yang kempunan untuk melihat secara dekat wira pasukan mereka beraksi. jadi sebagai pengganti terpaksalah mereka menjadikan STADIUM ASTRO 801 & TV2 ATAU STADIUM KEDAI MAMAK sebagai platform terbaik untuk tidak melepaskan peluang melihat aksi pasukan harimau malaya beraksi...

sama- sama kita saksikan perlawanan kelayakan piala dunia antara harimau malaya & singapore malam ini. Semoga beraksi dengan yang Terbaek !!!!!

Monday, July 25, 2011

Lamborgini Gallardo terbakar di mac donald




























OSLO - Sebuah kereta Lamborghini milik seorang penyanyi rap Norway, Tshawe Baqwa terbakar di restoran makanan segera McDonald's, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta yang berharga AS$677,179 (RM2.01 juta) itu terbakar semasa Baqwa memesan makanan di laluan pandu lalu di restoran berkenaan. Semasa kereta sport itu berhenti di laluan tersebut, kenderaan berkenaan terbakar kerana enjinnya terlalu panas sehingga mengejutkan orang ramai.

Baqwa keluar dari kereta itu dan memerhatikan kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang saksi berkata, adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta itu terbakar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu terpaksa dipindahkan manakala sejumlah anggota bomba dari Jabatan Bomba Oslo memadamkan kebakaran tersebut. Namun, kereta itu sukar untuk dibaik pulih. - Agensi kosmo

Sunday, July 24, 2011

Malaysia perlu menang 2-0 utk mara.

Pusingan kelayakan piala dunia pusingan ke 2 melihat malaysia ketinggalan 3-5 kepada pasukan singapura. pada perlawanan pertama ketika bertandang di singapura pada 23 july lalu.

pasuka harimau malaya memerlukan sekurang kurangnya 2-0 pada perlawanan ke 2 berlangsung di stadium nasional bukit jalil shah alam bagi melayakkan diri ke pusingan ke 3 kelayakan piala dunia nanti.


Safee yakin Malaysia bangkit

Safee yang meledak dua gol ketika Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar, kelmarin berkata, apa yang dilalui oleh pasukan negara ketika ini sama seperti ketika Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF, tahun lalu.

"Saya yakin kita mampu mengalahkan Singapura apabila beraksi di padang sendiri sendiri nanti, ini kita telah buktikan pada Piala AFF apabila kita menang ke atas Vietnam dan




Keretapi berkelajuan tinggi China di panah petir



























WENZHOU, China - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh apabila dua kereta api berkelajuan tinggi berlanggar di timur China kelmarin.

Kemalangan tersebut yang turut mencederakan 210 penumpang merupakan nahas terburuk pernah melanda perkhidmatan kereta api China sejak 2008.

Insiden itu berlaku apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah kereta api lain yang terhenti di atas sebuah jambatan dekat sini, sekitar 1,380 kilometer ke selatan ibu kota China, Beijing.

Ketika kejadian, kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir sebelum ia dirempuh sebuah kereta api peluru yang bergerak di belakang kenderaan itu.

Anggota-anggota pasukan penyelamat memasuki bangkai empat gerabak yang terjatuh ke bawah jambatan dalam usaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup.

Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa China menghentikan 21 perjalanan kereta api selepas kemalangan tersebut berlaku yang turut mengorbankan dua warga asing. - Reuters


MC : 3 senior officer telah dipecat kerana kejadian ini.

Friday, July 22, 2011

Robert Kuok pemilik Kapal Mewah History Supreme ?




























































LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya. sumber kosmo online


MC : gile babas, kapal saje lebih 10 billion RM ? huh.... duit banyak gile sampai xtau nk beli apa lagi...

dapat usd$100 juta jual website

dari kosmo online


NEW JERSEY, Amerika Syarikat (AS) - Seorang gadis, Catherine Cook dan dua saudara lelakinya, David serta Geoff bergelar jutawan selepas laman web ciptaan mereka, MyYearbook dibeli pada harga AS$100 juta (RM296.6 juta) oleh pihak laman jaringan sosial Latin, Quepasa, lapor sebuah akhbar semalam.

David mendapat idea untuk menghasilkan laman web berkenaan semasa dia dan kakaknya menyelak buku tahunan sekolah mereka pada 2005.

Ketika itu, dia berusia 15 tahun, manakala Catherine setahun lebih tua.

Buku tahunan sekolah di AS menyimpan gambar dan nama para pelajar senior selain maklumat mengenai pelbagai pertubuhan serta aktiviti sesebuah sekolah yang dicetak pada setiap tahun.

David dan Catherine kemudian berusaha untuk mencipta buku tahunan digital di Internet dan menamakan laman web tersebut, MyYearbook.

Dalam tempoh enam tahun MyYearbook beroperasi, adik-beradik Cook memperoleh pendapatan AS$17 juta (RM50.5 juta) dengan laman web mereka berjaya menarik minat 70 juta pengguna dan ia dilihat sebanyak 1.2 bilion kali sebulan.

Pada Rabu lepas, Quepasa mengumumkan pengambilalihan MyYearbook berjumlah AS$100 juta dengan AS$82 juta (RM244 juta) melibatkan pemberian saham Quepasa, manakala baki AS$18 juta (RM53.5 juta) lagi dibayar secara tunai. - Agensi


MC : dapat 100 juta. ni kira web line line facebook juga la ni.

Wednesday, July 20, 2011

Org Kaya Arab Ukir Nama boleh Lihat dr Angkasa Lepas














































ABU DHABI: Ia mungkin tanda nama terbesar di dunia. Seorang sheikh kaya-raya mengukir namanya pada permukaan pulau milik peribadinya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas.

Pekerja mengukir perkataan ‘HAMAD’ atas arahan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.

Nama itu terbentang seluas 3.2 kilometer dan hurufnya setinggi satu kilometer setiap satu. Ia begitu besar sehingga huruf ‘H’ dan ‘A’ yang pertama dan sebahagian huruf ‘M’ dijadikan laluan air.

Sheikh kaya-raya itu, yang berusia 63 tahun, anggota keluarga pemerintah Abu Dhabi di di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini, mempunyai kekayaan berjumlah RM70 bilion, yang kedua terbanyak selepas raja Arab Saudi.

Keretanya yang berjumlah lebih 200, termasuk tujuh Mercedes 500 SEL dicat dengan pelbagai warna pelangi, ditempatkan di sebuah bangunan yang dibina khas, berbentuk piramid.

Namanya itu diukir pada sebuah pulau yang dimilikinya, Al Futaisi. - Agensi

Tuesday, July 19, 2011

Prince William & Kate Middleton Honeymoon time












Prince William and Kate's honeymoon at Seychelles, at one private resort cost £4,000 per night - wow !! we commoners wonder if that's what it takes for a quiet beach break.

Sunday, July 17, 2011

Dr. Lo Lo meninggal dunia tadi

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," komen beliau di facebook.

MC : Sedih, kerana pergi seorang pejuang.

Saturday, July 16, 2011

Ice Blended paling berbaloi kat KL



















seorang forum mengekspresikan perasaannya ketika menjamu selera di sebuah restoran di kuala lumpur.

hari ni aku nak berkongsi sesuatu yang best lagi!!

dan ianya berbaloi!!!

iaitu.. ICE BLENDED!. bukan COOLBLOG, BUKAN STARBUCKS

tapi ianya adalah di sebuah retoran mamak.

restoran ini terletak di JALAN BAYAM (Office Lot belakang Carefoure Jalan Peel.
Google Jalan Peel, kompem sampai.

dulu opis aku atas kedai mamak ni. nak apa? call je.
berdesup dia hanta. tapi skarang aku semakin merinduinya... sbb jauh.

Arsenal nyaris kalah lawan Hangzhou Greentown

YIWU, China - Arsenal bangkit dari ketinggalan ketika menentang Hangzhou Greentown untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Carlos Vela pada minit kecederaan pada aksi persahabatan siri jelajah pramusim di Asia semalam.

Pemain Hangzhou Greentown, Sebastian Vasquez menjaringkan gol pendahuluan pada minit ketujuh menewaskan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone.

Arsenal yang kali pertama berkunjung ke China sejak aksi pramusim di Beijing pada 1995, turun menentang pasukan Liga Su- per China itu di bandar Yiwu, 285 kilometer dari selatan Shanghai.

Liverpool menang 6-3 keatas Malaysia




16 July 2011

Malaysia menunjukkan sengatnya dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan terkemuka liga perdana inggeris Liverpool apabila tewas 3-6.

walaupun tewas , tetapi pasukan Harimau Malaya berjaya membolosi 3 gol melalui saifq halim 1 gol dan 2 gol lagi menerusi pemain handalan negara safee salee.

tahniah pasukan harimau malaya. terubat sedikit dengan kekalahan menentang arsenal minggu lepas.

MC comment : Mungkinkah selepas ini safee salee akan beraksi bersama pasukan Liverpool ? sama sama kita lihat. :)