Tuesday, August 16, 2011

august 2011 Promosi Telekom Malaysia ketinggalan zaman


hari ni 17 august MC jalan jalan setiawangsa untuk bayar bill streamyx ternampak pula iklan TM galaxy tab RM799. dah macam nak teruja tengok iklan, sebab ingatkan galaxy tab 2 10.1 inch ke. sekali tengok galaxy tab lama.... dah la takda 3G kan...

bukan apa, MC pergi mana-mana sekarang ni mana-mana kedai dah kurang dah atau hampir takde dah buat promosi galaxy tab lama ni . sekarang ni yang paling popular ialah APPLE IPAD 2.  rata2 kedai-kedai besar atau kecil , online atau offline mereka lebih teruja menawarkan APPLE IPAD 2 sebagai ganjaran dalam promosi hebat bagi memancing bakal pelanggan mereka , selari dengan keinginan dan keperluan teknologi semasa. 

sudah tentu orang ramai muda tua, lebih teruja menyertai promosi yang menawarkan APPLE IPAD 2 sebagai ganjarannya, sudah tentu promosi mereka mendapat sambutan ramai kerana rata teruja untuk memiliki gadget tablet canggih ini. lebih manis jika ia dimilikki melalui promosi yang disertai berbanding dengan beli sendiri kan ? tak begitu ?

JADI SARANAN MALAYSIAN-CHOICE  IALAH , SEBAGAI PIONEER DALAM BIDANG TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA, SYARIKAT  TM.COM.MY  SEPATUTNYA LEBIH  UP-TO DATE DALAM MENAWARKAN PROMOSI HEBAT.



No comments: