Showing posts with label MC Tips. Show all posts
Showing posts with label MC Tips. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris


gambar sekadar hiasan.

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. 

Sebaiknya  
semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. 

Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri 
 pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke



muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.


Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين 

تصبح , ثلاث مرات تكفيك 

من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )



Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas)
 dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. 
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika 
Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.





Monday, October 17, 2011

Tips Anak-anak: Demam Panas dan Sawan


Mungkin ramai yang tak tahu apakah yang di katakan demam sawan..
kalian boleh rujuk entry ni untuk maklumat lebih lanjut berkaitan demam sawan atau febrile fit .

Tanda-Tanda Demam Panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat-cepat bawa klinik/hospital ok..)

4. Kalau anak kecil, merengek ... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana di waktu malam lagi cepat suhu meningkat.)  Suhu normal dalam 36°C. Tetapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai >37°C, cepat-cepat balut dia dengan kain basah.

2. Kalau anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dahulu, kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tidak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut,  masukkanlah. Kalau tidak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan.

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau perlu, simpan thermometer.

Apa Perlu Buat Kalau Anak Kena Sawan Tarik di Rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tidak ada ubat buntut di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat!! waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring.  Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.

sumber:

http://www.facebook.com/notes/dunia-macam-macam/demam-panas-dan-sawan/263009053736984

Tuesday, October 4, 2011

Tips : ikan patin masak tempoyak

salam, semua mesti sedia maklum, ikan patin masak tempoyak. pehhhh kalau pekene gaya masak.... memang betul2 mandrem laaa....


kali ni MC nk share tips baekkk punya. misalkata kalau korang masak ikan patin malam ni kan. cuba korang makan malam esok.... rasanyaaaaaa pehhhhhhhh !!!! TERANGKATTTT BEB !!!



Thursday, September 29, 2011

berhati-hati bila post gambar anda di facebook

Tersebutlah kisah seorang jejaka bernama Epoi (bukan nama sebenar) meminta membernya untuk edit gambar.... Di bawah ini ialah gambar sebenar...





Maka terkejut beruklah si Epoi lantaran melihat gambar-gambarnya selepas di edit.....















Hahahahaha..... Paling tak tahan gambar last. Bahaya betol! Dah private kan gambar anda di fb??? Takut2 anda pula menjadi mangsa seterusnya... Huhu


Berhati2lah semua, ada bahayanya...

Friday, July 15, 2011

MC Tips - Cek Tarikh Luput Tong Gas Anda

Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A mewakili March ( Suku pertama ),

B mewakili June (Suku kedua ),

C mewakili Sept ( Suku ketiga ), &

D mewakili December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa silinder itu selamat digunakan

Jadi D 06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006

sumber berguna ini terus dari sini