Showing posts with label Malaysian Politics. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Politics. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

Siapa yang hina Islam ?



siapa yang hina islam ? platform ini hanya ingin mencenderungkan kita semua berfikir secara rasional dan berasas dan tiada unsur2 utk bersentimen extremist. supaya dapat kita sama2 bezakan yang mana benar dan tidak benar. supaya kita boleh menilai sumber2 media mana yang lebih bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab untuk menyatukan masyarakat malaysia. tq

Wednesday, October 8, 2008

Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. – Utusan

sumber


comment : ni pandangan peribadi aku je la. tak kisahla korang setuju ke tidak. aku bukannya sokong mana2. yang penting negara ni aman. syukur alhamdulillah.

aku agak sedih gak. perkara ni. sbb pak lah ni lembut sangat. waktu zaman che det dulu kalu korang ingat lagi. ujian fitnah dan usaha menjatuhkan pemimpin hebat ni sangat hebat. sesuai dgn keupayaan beliau. sehinggakan digelar raja firaun yang melampau2. sangat hebat. tapi, che det maintain. kebijaksanaan, dan kegeniusan yang dikurnia Allah beraplikasi.

waktu chedet, desakan suruh turun datang bertalu2 dari dalam dan luar dgn desakan yang sangat hebat tuan2. dalam negara, dalam parti, luar negara, fitnah waktu zaman chedet pada aku sangat power. tapi chedet kuat dan bijak. tu yang aku respek. salute.

akhirnya.... semua perlaksanaan yang dulu dikeji kini ???? semua pembangunan material terguna dgn sepenuhnya !!! memangla terdapat kekurangan. tapi apela sangat kekurangan tu dibandingkan dgn keupayaan mengangkat martabat bangsa ! ADIL DAN SAKSAMA. GENIUS AND INTELLIGENT.

tapi sekarang paklah... sayangnya... pada aku paklah seorang pemimpin yang baik dan tulus. cuma... penasihat2 kepada paklah adalah orang2 yang bermasalah dan sangat berkepentingan mengutamakan perut masing2. pada aku la ek... kalu salah tu buat2 tak tau jela.... aku bukannye reti nak analisis politik ni. tp aku nk jugak luahkan perasaan aku.

ok last sekali doa aku. dan aku rasa doa semua juga. moga allah menjadikan bumi malaysia ini bumi yang diberkati.

tribute to...

www.chedet.com

Tuesday, March 18, 2008

The New Malaysian Cabinet.2008-2013

bm version 2008 ministers line up 180308

























source by malaysiakini

hope malaysian more success. together to train malaysian to be thankful to god and human. Who ever win is not important, but the most important is FAIR, Truthful and NOT Cheated.

Thursday, March 13, 2008

44 Differences between UMNO and PAS



This is the difference between UMNO and PAS. Choose the truth that can make our malaysian GLOKAL.

Selamat Mengundi pada PRU-13.

Wednesday, March 12, 2008

Parlimen bachok





photo by photoblog

yang kalah jgn putus asa, yang menang beri lah khidmat terbaik kepada rakyat. semoga usaha anda membawa kepada kebenaran dan kejayaan.

Friday, February 29, 2008

Berita Harian yang memutarbelitkan..

Nik Aziz pertahan ‘fatwa’ boleh mengumpat

Oleh Azman Zakaria dan Ramli Husin


Nik Aziz pertahan ‘fatwa’ boleh mengumpat

Oleh Azman Zakaria dan Ramli Husin

PASIR PUTEH: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa perbuatan mengumpat memang dibenarkan mengikut syariat Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sebagai seorang yang alim, Abdul Hadi tentu tahu apa yang dikatakannya.

“Memang saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi) itu... dalam mencari kebenaran dan memilih pemimpin, kita terpaksa mengumpat. Tetapi saya minta surat khabar janganlah panjangkan lagi perkara itu, ia memburukkan keadaan.


“Dia (Abdul Hadi) orang yang sangat alim, dia tahu apa yang diperkatakannya,” kata Nik Abdul Aziz kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Maahad Tahfiz al-Quran Nurul Hidayah dekat Tualang Tinggi, di sini, semalam.

Bangunan asal sekolah yang menempatkan asrama dan pejabat itu hangus dalam kebakaran akhir tahun lalu yang menyebabkan 100 pelajar hilang tempat tinggal.

Rabu lalu, Abdul Hadi mengeluarkan ‘fatwa’ terbaru dengan membenarkan semua calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Beliau dilaporkan berkata, Islam membenarkan tindakan sedemikian kerana urusan memilih pemimpin ialah satu perkara yang amat besar selain menepati kehendak sistem demokrasi moden.

Abdul Hadi mendakwa, perbuatan itu dibolehkan kerana bertujuan memastikan semua bakal wakil rakyat yang bertanding bebas daripada segala anasir yang boleh menjejaskan kredibiliti serta kewibawaan mereka.


komen : stupid la laporan berita mcm ni. memutar belitkan fahaman agama. kalu dalam agama islam membenarkan utk mendedahkan keburukan tertentu bakal pemimpin yang dilantik, kenapa mesti ada lagi laporan berita yang dangkal mcm ni ???

Thursday, February 28, 2008

Contoh kempen pilihanraya yang baik - kalu reporting utusan ni betulla...

Nik Zain tidak gentar hadapi Nik Aziz

KOTA BHARU: Ketua Umno bahagian Pengkalan Chepa Datuk Nik Mohd Zain Omar tidak gentar untuk menentang “orang nombor satu Pas” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi negeri Chempaka yang menjadi kubu kuat Pas, pada pilihan raya umum ini.

Beliau sebaliknya bertekad membuktikan kemampuan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang diwakili Menteri Besar yang juga Mursyidul Am Pas itu.

Walaupun banyak pihak memandang sinis peluangnya untuk mengatasi Nik Aziz, Nik Mohd Zain yakin sebilangan pengundi kawasan itu akan menyokongnya.


“Saya bukannya nak lawan Nik Aziz tetapi melawan Pas yang gagal membantu rakyat Kelantan. Kami (BN) akan membawa perubahan (di Kelantan) dan ia akan bermula di Chempaka,” katanya yang memulakan kempen sejak awal lagi.

Nik Mohd Zain, 65, Pengerusi Eksekutif Nepline Berhad, sebuah syarikat perkapalan tempatan yang berjaya di peringkat antarabangsa, berkata pengundi muda dan mereka yang bekerja di luar Kelantan pasti menjadikannya sebagai calon pilihan utama.

Beliau berkata rakyat Kelantan sebenarnya inginkan perubahan dan pilihan raya umum ini adalah masa terbaik untuk melakukannya tambahan pula Nik Aziz yang kini berusia 77 tahun dan sudah menerajui Kelantan selama empat penggal sejak 1990 semakin sukar untuk meneruskan tugasnya pada usia yang semakin lanjut.

Nik Mohd Zain yang menerajui Umno bahagian Pengkalan Chepa sejak 10 tahun lalu, berkata sejak kebelakangan ini banyak perubahan ketara dilihat di kalangan pengundi yang jelas menunjukkan tanda mereka mula menerima Umno.

“Saya diterima masuk oleh penduduk di kawasan itu dan mereka berjanji untuk memberi sokongan kepada BN,” katanya yang sejak menjadi ketua Umno bahagian itu, memperuntukkan tiga hari seminggu bagi bertemu dan mendengar masalah rakyat kawasan berkenaan.

Beliau berkata perubahan sikap itu berpunca daripada keikhlasan Kerajaan Pusat membantu penduduk kawasan berkenaan termasuk menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan asas di DUN Chempaka seperti membina jalan, membaiki madrasah dan membaiki rumah penduduk miskin.

Nik Mohd Zain yang terkenal sebagai mesra rakyat dan sering menghulurkan bantuan kepada rakyat tanpa mengira parti, berkata lawatan berkala juga dilakukan bagi menentukan setiap masalah rakyat mendapat perhatian dan diatasi segera.

“Kita tidak mahu rakyat di kawasan itu tertinggal dari semua perkara lantaran itu saya membuat lawatan berkala, tambahan lagi DUN Chempaka di dalam bahagian Pengkalan Chepa,” katanya.

Nik Mohd Zain juga mengakui sebagai ahli korporat, beliau sering kali menjadi sandaran banyak pihak di sini untuk membantu mengubah ekonomi penduduk.

Bagaimanapun beliau kesal kerana setiap bantuan yang disalur melalui Umno atau BN kepada masyarakat sering kali diputar belit oleh Pas sebagai kononnya adalah hasil pemberian kerajan negeri pimpinan parti itu.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Nik Aziz menewaskan calon BN Ruhani Mamat dengan majoriti 3,694 undi. — Bernama


if this utusan report is transparent - ini baru betul kempen yang baik dan berhemah.... bukan mcm setengah pemimpin berkempen menjatuhkan peribadi, mcm org xde agama ! orang tak beragama serupa manusia yang tidak bertamadun. full stop.

Wednesday, February 27, 2008

Pull Down Awang Adik Husin...

Pull Down Awang Adik Husin - Parlimen Bachok Kelantan


Sehebat mana pembangunan material, kalau manusia tidak taat pada Tuhan memang binasalah seluruh pentadbirannya ! pasti ! THE HISTORY and current issues around the world teach healthy minded people to think and act.

KEMPEN PENUH RASUAH, UGUT TARIK PEMBANGUNAN, WHO ARE U ? VOTE WITH USE A HEALTHY MIND NOT GREEDY NAFS.

work work work.... make sure this corruptor people totally lost.

Tuesday, February 26, 2008

- IF THIS AS WHAT HE SAID -Pirdaus Ismail - Bekas Imam GILA KUASA !


Wan Azizah tak jujur - Pirdaus

BUKIT MERTAJAM 25 Feb. - Niat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil dianggap sebagai penipuan terancang.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail berkata, tindakan berkenaan menunjukkan Wan Azizah tidak jujur kepada pengundinya.

Beliau berkata, tindakan Wan Azizah itu juga seolah-olah mempermainkan sokongan rakyat terhadapnya.

''Dr. Wan Azizah tidak jujur dalam permainan politiknya kerana beliau sanggup menipu para pengundinya semata-mata untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula.

''Beliau perlu bertanya dulu adakah beliau boleh menang dalam pilihan raya kali ini sebelum hendak memberi laluan kepada suaminya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Pirdaus yang merupakan bekas Imam Masjid Negara akan menentang secara satu lawan satu dengan Wan Azizah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada pilihan raya umum 2004, Wan Azizah menang dengan majoriti tipis sebanyak 590 undi.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, niat Wan Azizah itu tidak profesional dan menipu pengundi.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berkata, Wan Azizah tidak perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-12 untuk mengosongkan kerusi berkenaan sebaliknya beliau boleh melakukannya sejak dulu lagi.

''Kenapa tunggu pilihan raya dan kenapa tidak kosongkan sejak dulu lagi. Ini menunjukkan beliau tidak ikhlas membantu membangunkan kawasan Permatang Pauh," ujar Abdul Jalil.

Selain itu, katanya, sejak PKR menawan kerusi Permatang Pauh, kebanyakan penduduk tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Wan Azizah dan berharap supaya BN akan merampas semula kerusi itu.

Sementara itu, calon baru di DUN Permatang Pasir, Ahmad Shahar Shuib berkata, cita-cita Wan Azizah untuk memberikan kerusi itu kepada suaminya adalah cita-cita palsu.

''Wan Azizah begitu yakin Anwar akan menang dalam pilihan raya kecil jika beliau mengosongkan kerusi itu tetapi apakah beliau terfikir apa akan berlaku jika pengundi di sini menolak suaminya," katanya.

Ahmad Shahar yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata, hasrat Wan Azizah itu akan ditolak oleh majoriti pengundi di situ.



Kalau betulla laporan ni ... memang gila kuasa la ni..

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm

Thursday, January 24, 2008

Megat Junid passes away

By : Jennifer Gomez, Marc Lourdes and Shuhada Elis




UMNO STALWART: Megat Junid was a longtime loyalist of Tun Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA,

Former Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, 65, passed away at 5.25 am today at the Pantai Medical Centre, Bangsar.

Megat Junid succumbed to prostate cancer and secondary cancer of the lungs, in addition to kidney failure.

He is survived by three sons and two daughters from two wives, Puan Sri Faizah Shuaib and Ziela Jalil.

Born at Kampung Bandar Mukim Bandar, Teluk Intan, Perak, on Dec 8 1942, Megat Junid received his education at Sekolah Melayu Air Mati, Teluk Intan and Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. He was a teacher and held a Bachelor of Arts honours degree from Universiti Malaya.

Megat Junid has an illustrious career in politics launched by his stint as the special assistant to then Education Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad in 1975.
He then became the political secretary to Dr Mahathir, during the latter’s tenure as Education Minister and Deputy Prime Minister. His last cabinet post was as Domestic and Consumer Affairs Minister between 1997 and 1999.

He became an UMNO supreme council member in 1987 and was made UMNO Information Chief in 2002.

Megat Junid was chairman of Stemlife Bhd until May 2007. He was also president of the Kuala Lumpur Football Association.

He will be buried today at the Bukit Kiara Muslim Cemetary after zohor prayers.

Among those who turned up to pay their last respects were Dr Mahathir, MCA president Datuk Seri Ong Ka Ting and UMNO Information Chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Dr Mahathir, who was there for an hour in the morning with Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, described Megat Junid as a very good political secretary.

Although he smiled throughout the interview, Dr Ma hathir’s voice broke a few times.

Muhammad Taib hailed Megat Junid as a person who went around meeting grassroot leaders to explain fundamental policies to them.

“He was jovial and a very good speaker,” he added.

Ong described Megat Junid as a caring and helpful colleague and friend.

Others who turned up were former deputy Prime Minister Tun Musa Hitam, former Finance Minister Tun Daim Zain uddin, MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu, former Transport Minister Tun Dr Ling Liong Sik and Umno Youth exco member Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz, who described Megat Junid as a stalwart, said he represented Dr Mahathir very well during his tenure as political secretary.

“I was young and he was Uncle Megat to me. He was always in our house and very close to our family, Mukhriz said. "He was a loyalist to my father till the very end. Even last year, he attended the Perdana Global Peace Forum in a wheelchair."

Dr Ling, who used to play golf regularly with Megat Junid, described him as a good friend of 30 years.

Samy Vellu said that he was a "man of his words" and proved that a "minister could have humanity".

Wednesday, January 23, 2008

Megat Junid meninggal dunia

Oleh Normala Zulkifli

Kuala Lumpur 24 Jan. - Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 65, meninggal dunia pada pukul 5.25 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Anak Allahyarham, Megat Firdaus memberitahu Utusan Malaysia jenazah bapanya akan dikebumikan selepas sembahyang zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.