Showing posts with label MC artis. Show all posts
Showing posts with label MC artis. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Maharaja Lawak Mega 2011 Minggu ke - 5 : Boboi thorbaekkkk

Jom Layan persembahan boboi maharaja lawak mega pada minggu ke 5 ni....
memang kelasss la ambil inspirasi dari hikayat merong mahawangsa :P





MC : mmg internasionaleeee thorbaekkkk boboi :P

Thursday, November 17, 2011

[Gambar] Bila Ustaz Don 'berduet' dgn Amy Search....



MC : sebelah kiri tu ustaz don, sebelah kanan tu amy search. mcm sama kan ? hehe  tp x serupa.... :P  

bila agak2 ustaz don nak berduet dgn otai Amy search ???  suara ustaz Don pun x kurang hebatnya.... mengaji mantobbbbbb  ~~~~~~ chilled out

Sunday, November 13, 2011

tahniah Datuk Bung Mukhtar & Datin Zizie


Tercapai Impian: Zizie Kini Bergelar Datin

Bermula awal tahun ini, Zizie Ezette telah mula bergelar datin.


Ini berikutan Datuk Bung Mokhtar Radin menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.
Untuk yang tidak tahu, gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja.
Laporan berkenaan Zizie ‘naik pangkat’ disiarkan dalam Berita Minggu semalam.
Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.
“Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan.
“Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji,” lapor akhbar berkenaan.
Bung berkahwin dengan Nor Asidah pada 24 Ogos 1991 di Sabah.
Perkahwinan dengan Zizie pula berlangusng pada 16 Disember 2009. Kedua mereka (Zizie dan Bung) kemudian telah didakwa di Mahkamah Syariah kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah dan kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.
Apa pun, tahniah la Zizie yea…tercapai impian…syukurrrrr.

Thursday, September 29, 2011

Siti Nurhaliza English Style

All your Love - tajuk album inggeris pertama Datuk Siti Nurhaliza





SEPANJANG berkecimpung dalam bidang seni suara selama 16 tahun, ternyata kehebatan Datuk Siti Nurhaliza sebagai seorang penyanyi sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.
tetapi pada kali ini penyanyi berkenaan telah mencabar dirinya untuk menciptakan suatu kelainan bagi album terbaharunya dan kini lahirlah sebuah album Inggeris sulungnya yang berjudul All Your Love.
Dalam satu majlis pelancaran album berkenaan yang diadakan di sebuah pusat beli-belah terkemuka baru-baru ini, Siti menyifatkan kelahiran album tersebut begitu istimewa buat dirinya.
"Selama ini sudah pelbagai jenis lagu di dalam bahasa Melayu yang sudah saya nyanyikan. Akhirnya saya telah mencabar diri untuk muncul pula sebuah album Inggeris.
PENAMPILAN terbaharu Siti Nurhaliza sempena kemunculan album All Your Love.


Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Jerat Percintaan itu lagi, album berkenaan mula dihasilkan pada bulan Januari yang lalu dah telah disiapkan dalam tempoh lima bulan.
Lebih menarik lagi, album Inggeris yang mengandungi 10 buah lagu yang berentak rancak dan diterbitkan oleh What's Up Entertainment itu turut mendapat sentuhan pemuzik antarabangsa.
"Saya rasa sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan pemuzik yang hebat seperti Bryan B. Sepanjang sesi rakaman dilakukan, dia banyak memberi tunjuk ajar supaya saya dapat menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan lebih baik," ujarnya.
Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut seperti All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love dan Stand Up.
Positif
Apa yang menarik tentang album ini juga, Siti turut berduet bersama dengan seorang penyanyi antarabangsa yang cukup popular di seluruh dunia iaitu Sean Kingston menerusi lagu berjudul Remember You.
Meskipun album All Your Love telah berada di pasaran dua hari lebih awal daripada majlis pelancaran, namun Siti memaklumkan sambutan orang ramai terhadap album tersebut sangat menggalakkan.

SITI dan suami, Datuk K bersama dua individu penting di sebalik pembikinan album sulung Inggeris Siti iaitu Brian B (kiri) dan Adib yang juga anak Datuk K.


Menurutnya, sehingga kini album Inggerisnya itu telah terjual sebanyak 3,000 unit dan dia diberitahu bahawa pihak yang mengedarkannya iaitu Warner Music Malaysia sedang dalam proses untuk membuat cetakan yang kedua.
"Saya sangat bersyukur kerana kebanyakan peminat yang telah mendengar lagu-lagu dalam album ini sangat berpuas hati. Malah, saya turut mendapat maklum balas yang positif menerusi komen-komen yang dihantar ke laman Twitter saya.
"Lebih menarik lagi, saya juga kini turut mendapat lebih ramai peminat baharu iaitu yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang turut tidak ketinggalan mendapatkan album saya ini," jelasnya.

Tuesday, September 6, 2011

AC Mizal gembar gembur kaya tapi tak bertanggungjawab ?


Bekas mertua AC Mizal dakwa anaknya terpaksa pinjam duit

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya.
Rafiah Ab. Talib, 62, menerusi afidavit keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini, hari ini memberitahu anak perempuannya turut terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi tujuan tersebut.
Menurut pesara itu, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah yang disewa di Kota Damansara ke rumahnya di Kajang kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah.
Berhubung penghantaran anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 15, ke Sekolah Menengah Islam al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam, Rafiah dalam afidavitnya menyatakan:
''Muhammad Shafiq tidak mendapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut,'' jelasnya.
Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen.
''Muhammad Shafiq pernah mempertikaikan apabila melihat ayahnya memakai sepasang kasut berjenama ketika remaja itu hadir bersama ibunya ke prosiding mahkamah tahun lalu sedangkan dia hidup sederhana,'' jelas Rafiah.
Rafiah dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berhubung kes tuntutan pengubahan nafkah anak yang dikemukakan oleh Shafnie, 35, selaku plaintif terhadap bekas suaminya, AC Mizal, 39.
Ketika sesi soal balas oleh peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal selaku defendan, saksi kedua plaintif itu menafikan isu tuntutan pengubahan nafkah anak terbabit difailkan selepas Shafnie bercerai menerusi perkahwinan keduanya.
Jelas ibu Shafnie, anak perempuannya itu pernah berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengan AC Mizal, namun beliau tidak mengingati bila tarikh pernikahan tersebut berlangsung.
Dalam permohonan pengubahan nafkah anak, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Azmi Rais menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.
Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).
Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).

sumber

Saturday, August 6, 2011

Noraniza Idris pilih Ustaz Jefri
























MEMANG tak sangka langsung pada usia 43 tahun saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan dah tua-tua ini, dah tak laku. Rupa-rupanya ada juga yang berkenankan saya,” kata penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43.

Luahan penyanyi yang lebih mesra disapa Ani itu membawa seribu erti, apatah lagi pada Ramadan ini apabila cintanya bersemi buat kali ketiga dengan duda anak empat, Jeffri Hudi, 52, iaitu ustaz dari Singapura yang berkhidmat sebagai bilal bebas di negaranya.

Bagaimanapun, menurut Noraniza, ketika Jeffri melamarnya, dia diberi tempoh untuk berfikir tetapi tidak melakukannya secara serius kerana dalam hati masih ada keraguan.

“Saya berfikiran negatif ketika itu dan takut untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekali lagi,” katanya.

Seminggu sebelum berakhirnya tempoh itu, baru Noraniza membuat keputusan dan menyedari dia tidak buat sebarang persiapan untuk bertunang.

“Mujur mereka di Akademi Tatih Seni (cawangan Johor) yang memahami keadaan saya, membuat persiapan mencarikan penaja pelamin dan baju untuk saya.

“Selepas bertunang, kami berdua sibuk dan tidak sempat mencari tarikh sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan hinggalah keluarga mendesak kami segerakan perkara baik itu.


“Selasa ini saya akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan dan kenduri. Insya-Allah perkahwinan itu akan dilangsungkan tahun ini juga,” katanya yang mendapat restu anaknya.


MC : tahniah buat noraniza idris. semoga jodoh kali ini berkekalan lagi diberkati hendak nya,

Siti : SimplySiti Halal

Nafi berus daripada bulu babi

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan setiap produk dikeluarkan syarikatnya, SimplySiti Sdn Bhd halal dan suci digunakan serta mematuhi segala prosedur yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Presiden SimplySiti Sdn Bhd itu juga memohon orang ramai tidak terpengaruh dengan dakwaan di laman sosial yang mendakwa produk keluaran syarikatnya itu menggunakan berus yang dibuat daripada bulu babi.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan menjatuhkan imej dan reputasi produk mereka, Siti berkata, pihaknya akan segera mendapatkan penjelasan JAKIM bagi merungkai segala keraguan yang dibangkitkan pengguna jenama berkenaan.

Siti berkata, selama ini mereka sentiasa menjalin kerjasama erat dengan JAKIM dalam memastikan segala penghasilan produk SimplySiti mematuhi prosedur yang ditetapkan sebelum diberi kelulusan halal.

“Produk SimplySiti serta berus di dalamnya sudah mendapat pengesahan halal JAKIM, malah tidak terbabit dengan dakwaan seperti dibangkitkan dalam blog itu.
“Kami menjamin produk SimplySiti adalah halal dan berus yang digunakan dalam produk kosmetik yang dipasarkan juga mematuhi piawaian halal seperti ditetapkan JAKIM,” katanya.

Penyanyi yang kembali hangat dengan lagu Falling In Love itu berkata, produk SimplySiti melalui proses pemeriksaan dan siasatan terperinci JAKIM. sumber

MC : bagusla kalau macam tu. harap-harap produk SimplySiti ni halal. pada yang busuk hati melihat kejayaan orang lain tu henti-hentikan lah. BUAT BAIK DIBALAS BAIK, BUAT JAHAT PASTI ADA BALASAN SETIMPAL.