Showing posts with label maharaja lawak mega. Show all posts
Showing posts with label maharaja lawak mega. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

adlin aman ramli : dh jd peserta nk jd juri plak....




Dan kemungkinan besar penulisan Chef Wan di bawah inilah yang menyebabkan Adlin sentap tak ingat.



Apa yang menariknya, ada beberapa komen daripada mereka yang membaca status Adlin menyatakan “You’re not funny” di status tersebut. Hmmmm. Abang Nara tak tahu nak cakap apa, tapi sekali sekala belajar terima kritikan apa salahnya kan? Dengar cerita memang lawak Adlin agak tidak menjadi sejak beberapa minggu yang lepas. Betul ke?

Lagi beberapa luahan hati Adlin Aman Ramli di Facebook dengan membaca entri ini sepenuhnya.







adlin adlin, dh jd peserta nk jd juri plak. hormat la sket juri tu... dh ms engkau jd juri pn ramai je yg menyampah...

Saturday, November 26, 2011

Maharaja Lawak Mega 2011 Minggu ke - 5 : Boboi thorbaekkkk

Jom Layan persembahan boboi maharaja lawak mega pada minggu ke 5 ni....
memang kelasss la ambil inspirasi dari hikayat merong mahawangsa :P





MC : mmg internasionaleeee thorbaekkkk boboi :P

Tuesday, November 22, 2011

[Gambar] Komen pedas2 masam Chef Wan untuk Adlin Aman Ramli pada Maharaja Lawak Mega 2011 Minggu ke-4

Walaupun chef selebriti atau dikenali juga sebagai pengkritik kontrosensasi, Chef Wan, tidak datang pada minggu keempat persembahan,

Maharaja Lawak Mega Jumaat malam lalu, namun beliau tetap mengikuti perkembangan MLM menerusi siaran ulangan.

Terkenal dengan sikapnya yang berterus terang, Chef Wan turut memberikan kritikan pedas terhadap persembahan MLM minggu lalu. Menerusi laman sosial, Facebook miliknya, Chef Wan secara terang mengkritik persembahan Adlin Aman Ramli yang banyak perkataan lucah dan aksi double meaning.

Membawa watak pemain sorak wanita, Adlin, pada mulanya menarik perhatian ramai dengan penggunaan kostum dan basikal sebagai prop. Bagaimanapun, dia dilihat semakin berani apabila membuat persembahan sorak dengan menggunakan banyak perkataan double meaning.

Katanya, Adlin tidak sepatutnya membuat persembahan begitu kerana penonton MLM bukan sahaja di peringkat dewasa, malah terdiri daripada kanak-kanak.

"Persembahan Adlin pada malam itu nampak ‘kelam-kabut’. Tak tahulah apa yang ingin disampaikan, tetapi tidak menepati cita rasa penonton dan juri.



“Begitu juga persembahan minggu ketiga. Dia terlalu ‘berani’ membawa watak ulama dan berbicara mengenai hukum talak dalam bahasa jenaka.

“Lebih baik elakkan dari menggunakan hukum agama kerana banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat jenaka. Tak elok mempermainkan hukum-hukum agama,” kata Chef Wan, seperti yang dipetik menerusi Facebook miliknya.

Malah, Chef Wan turut menyifatkan aksi kumpulan Hiro juga membosankan.

Bagaimanapun, beliau memuji persembahan Boboi dan Osbon kerana dianggap lain daripada lain.

Sementara itu, Adlin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini.



yang ni datok chef wan komen membina kat adlin aman ramli ni ( klik gamba utk paparan lebih jelas )



antara komen lain datok chef wan untuk persembahan maharaja lawak mega minggu ke 4 ( klik gamba utk paparan lebih jelas )


MC : ok la chef wan komen tu. untuk membina kan. lagi pun ini bukan nya raja lawak bodo2 punyer kan... yang ni maharaja lawak mega ni.... kira lawak kelas atasan ni...... kurang kurang pun setaraf dgn sepah atau jozan kan..... hurmmmm good luck