Thursday, April 3, 2008

A Very Good Cooperation by a Leader

Najib minta semua pihak bantu Pak Lah

Oleh Kamarulzaidi Kamis, Jalal Ali Abdul Rahim dan Abdul Razak Raaff

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu semua pihak dalam Kabinet dan parti membantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Memang saya dah beri pengakuan (berdiri teguh di belakang Perdana Menteri). Jadi kita sama-samalah sebagai satu pasukan Kabinet dan parti untuk menjalankan tugas utama (memulihkan parti dan keyakinan rakyat)," katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno itu berkata, beliau sendiri serta ahli Jawatankuasa Pengurusan Umno akan memulakan tugas memulihkan parti di peringkat negeri, bermula di Kedah dan Pulau Pinang pada 10 April ini, diikuti Perak dan Selangor.


Pada sidang media selepas dikunjungi Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baru, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar di Kementerian Pertahanan di sini semalam, Najib berkata tugas memulihkan sokongan rakyat, memperteguhkan Umno dan BN seharusnya menjadi tumpuan utama semua pihak, terutama ahli parti.

Mengenai semakin banyak desakan supaya Perdana Menteri berundur, beliau berkata: "Itu pandangan pihak tertentu, tetapi seperti kita dengar semalam (kelmarin) Perdana Menteri menyatakan beliau akan meneruskan kepemimpinan negara dan beliau masih ada sokongan di peringkat Kabinet dan ahli parti.

"Jadi, jika beliau memutuskan untuk meneruskan... beliau berhak meneruskan kepemimpinannya. Apa yang penting sekarang ialah kita membantu Perdana Menteri dalam proses pemulihan parti dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Ini saya anggap tugas utama kita."

Full Story...

komen : pemimpin yang bersifat macam ni la yg kita cari... boleh bekerjasama dikala sempit, dimana pihak2 lain cuba memecahbelah, dan mengkucar kacirkan pemerintahan negara... yang paling penting bagi sesebuah negara adalah bersatu... agar musuh2 tidak gembira dan tidak berpeluang utk mengambil kesempatan. jgn cuba jadi pengkhianat dan pemfitnah.

this blog is independent dan fair for all.