Wednesday, December 21, 2011

Duit Kertas cetakan baru 2012 Bank Negara Malaysia

ada mcm2 pandangan berkenaan duit kertas baru ni... adde kata mcm more jutaria, la, duit saidinina la, mcm duit kertas australia la... hehe ape pun ia cantik :P dan boleh jg utk dibuat koleksi utk masa depan :P




selamat datang fiat baru :P jom tukar beli perak atau emas :P hehe




Sunday, December 18, 2011

adlin aman ramli : dh jd peserta nk jd juri plak....




Dan kemungkinan besar penulisan Chef Wan di bawah inilah yang menyebabkan Adlin sentap tak ingat.



Apa yang menariknya, ada beberapa komen daripada mereka yang membaca status Adlin menyatakan “You’re not funny” di status tersebut. Hmmmm. Abang Nara tak tahu nak cakap apa, tapi sekali sekala belajar terima kritikan apa salahnya kan? Dengar cerita memang lawak Adlin agak tidak menjadi sejak beberapa minggu yang lepas. Betul ke?

Lagi beberapa luahan hati Adlin Aman Ramli di Facebook dengan membaca entri ini sepenuhnya.







adlin adlin, dh jd peserta nk jd juri plak. hormat la sket juri tu... dh ms engkau jd juri pn ramai je yg menyampah...

Saturday, November 26, 2011

Maharaja Lawak Mega 2011 Minggu ke - 5 : Boboi thorbaekkkk

Jom Layan persembahan boboi maharaja lawak mega pada minggu ke 5 ni....
memang kelasss la ambil inspirasi dari hikayat merong mahawangsa :P





MC : mmg internasionaleeee thorbaekkkk boboi :P

Thursday, November 24, 2011

[Gambar] Fakri Saarani : Saya kurang bernasib baik tapi at least gol saya membantu Malaysia ke final.

SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.

“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.

sedutan semi final sukan sea 2011

berikut adalah sedutan yang melayakkan malaysia ke final sukan sea 2011...
AHMAD Fakri (dua dari kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan ketika aksi separuh akhir menentang Myanmar, malam tadi.
AHMAD Fakri (dua dari kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan ketika aksi separuh akhir menentang Myanmar, malam tadi.
Saya bersyukurr kerana bawa Malaysia ke final:: Fakri
"SAYA bersyukur dapat menjaringkan gol malam ini (semalam) dan membantu pasukan layak ke final sekali lagi," kata Ahmad Fakri Saarani – penjaring gol tunggal skuad Harimau Muda yang menewaskan Myanmar 1-0 dalam separuh akhir, semalam.


MC :yang kutuk berdesup-desup sangat tu. turun je la main kalau rasa macam bagus...  sebagai orang islam malaysia jangan pulak nak tunjuk diri anda tidak bertamadun dalam negara sendiri.


sekurang2nya ada jg sumbangan dia. sebagai 1 pasukan kita mesti la cover antara satu sama lain. susahlah kalau asyik nak mengutuk je. kan tambah dosa sendiri jek.

[Gambar] Sos HP dan Sos Tobasco Haram untuk Umat Islam- Jakim

sos yang menjadi kegemaran ramai orang , terutama yang makan di restoran-restoran bertaraf internasionale        ( bak kata abang mamat khalid ) yakni sos HP dan sos Tobasco telah di gazetkan oleh pihak JAKIM sebagai harammm kepada umat islam.

gambar berikut adalah surat pengesahan dari pihak JAKIM  kepada pihak pasaraya besar TESCO MALAYSIA berkenaan pengHaraman sos ini. ( klik gambar utk paparan lebih jelas )



MC : kalau tak puas hati. cuba2 la telefon nombor hunting line atas tu utk pengesahan secara tepat, padat dan jitu. 03 - 8335 0200. jadinya  lepas ni cari la alternatif sos lain, aminah hassan internasionale ke, atau cap fan prawn ke :P

Tuesday, November 22, 2011

[Gambar] Komen pedas2 masam Chef Wan untuk Adlin Aman Ramli pada Maharaja Lawak Mega 2011 Minggu ke-4

Walaupun chef selebriti atau dikenali juga sebagai pengkritik kontrosensasi, Chef Wan, tidak datang pada minggu keempat persembahan,

Maharaja Lawak Mega Jumaat malam lalu, namun beliau tetap mengikuti perkembangan MLM menerusi siaran ulangan.

Terkenal dengan sikapnya yang berterus terang, Chef Wan turut memberikan kritikan pedas terhadap persembahan MLM minggu lalu. Menerusi laman sosial, Facebook miliknya, Chef Wan secara terang mengkritik persembahan Adlin Aman Ramli yang banyak perkataan lucah dan aksi double meaning.

Membawa watak pemain sorak wanita, Adlin, pada mulanya menarik perhatian ramai dengan penggunaan kostum dan basikal sebagai prop. Bagaimanapun, dia dilihat semakin berani apabila membuat persembahan sorak dengan menggunakan banyak perkataan double meaning.

Katanya, Adlin tidak sepatutnya membuat persembahan begitu kerana penonton MLM bukan sahaja di peringkat dewasa, malah terdiri daripada kanak-kanak.

"Persembahan Adlin pada malam itu nampak ‘kelam-kabut’. Tak tahulah apa yang ingin disampaikan, tetapi tidak menepati cita rasa penonton dan juri.



“Begitu juga persembahan minggu ketiga. Dia terlalu ‘berani’ membawa watak ulama dan berbicara mengenai hukum talak dalam bahasa jenaka.

“Lebih baik elakkan dari menggunakan hukum agama kerana banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat jenaka. Tak elok mempermainkan hukum-hukum agama,” kata Chef Wan, seperti yang dipetik menerusi Facebook miliknya.

Malah, Chef Wan turut menyifatkan aksi kumpulan Hiro juga membosankan.

Bagaimanapun, beliau memuji persembahan Boboi dan Osbon kerana dianggap lain daripada lain.

Sementara itu, Adlin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini.



yang ni datok chef wan komen membina kat adlin aman ramli ni ( klik gamba utk paparan lebih jelas )



antara komen lain datok chef wan untuk persembahan maharaja lawak mega minggu ke 4 ( klik gamba utk paparan lebih jelas )


MC : ok la chef wan komen tu. untuk membina kan. lagi pun ini bukan nya raja lawak bodo2 punyer kan... yang ni maharaja lawak mega ni.... kira lawak kelas atasan ni...... kurang kurang pun setaraf dgn sepah atau jozan kan..... hurmmmm good luck

[Gambar] Final Sukan Sea 2011 : Fakhri Saaranii Minta maaf pd rakyat Malaysia

Fakhri Saarani dah minta maaf kpd rakyat malaysia dalam tweeter nya...



MC : alhamdulillah nasib baik sedar. sama2la  kita amalkan sifat terpuji, jgn asyik nk kutuk je lebih. tiada yang sempurna dalam dunia ni. 

Ganjaran peribadi Presiden FAM : RM30,000 seorang untuk Skuad Harimau Muda Emas Ong Kim Swee




Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee bersama anak-anak buahnya menerima sambutan meriah penyokong skuad kebangsaan sejurus tiba dari Jakarta di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang semalam.


RM30,000, itulah ganjaran yg menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.
"Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.
"Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka," katanya.
lanjut baca sini
MC : apa pun semoga skuad harimau muda emas konsisten untuk perlawanan selepas ini. bak kata mawi..... mmg world !!! skuad harimau muda emas mmg world !!!

Monday, November 21, 2011

[Video] Final Sukan Sea 2011 - Emas Malaysia & Provokasi Indonesia

Tandukan asrarudin yang berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan, seterusnya ke penentuan sepakan penalti yang menentukan siapakah yang akan menggondol ibu segala pingat di sukan sea 2011 ini yakni pingat emas.

T

fakri, sekali lg mengecewakan...  ----- ( MC :  lupa baca bismillah ke bang )
badrol bakhtiar & khairul fahmi ( kasut emas & tangan emas )




sejurus selepas permainan berakhir tiba-tiba pemain malaysia diminta doping test utk menguji air kencing oleh pihak indonesia. ( kenapa x test kedua2 pasukan ??? ) -------( sila betulkan fakta jika MC tersilap )




lagi tindakan kurang tamadun oleh penyokong indonesia ( klik sini )


MC : semoga majulah sukan utk kedua2  negara... tiada guna caci mencaci sesama islam.
MC : harap entry ini dpt dilihat pada aspek positif

+ Bolasepak melariskan jualan AKHBAR/KORAN di MALAYSIA & INDONESIA hari ini! Apa yang ditulis akan ditanya di AKHIRAT kelak.. BENAR atau SALAH para WARTAWAN/PENULIS/EDITOR anda akan dipertanggungjawabkan.. Buat para PEMBACA berhati-hati dengan apa yang DIBACA, KAJI, SELIDIK dan FAHAMI apa yang ditulis bukan sekadar MENYAMPAIKANNYA secara MEMBUTA TULI, BETUL atau SALAH anda juga dipertanggungjawabkan.. Ingat ya, UKHUWAH, PERSAHABATAN, PERSAUDARAAN.. tetap SELAMANYA.. kita BOLEH, malah kita juga BISA.. ISLAM pasti UNGGUL..

Sunday, November 20, 2011

Penganjur sukan sea 2011 - Indonesia FAILED

Cowok Ganteng: 'Bersatu dan bangkit' - tak termasuk Malaysia



2011/11/21

BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia. 

Semangat ini cukup positif sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara.
Namun jelas Shabery dan Naim, dan mungkin juga ramai lagi pegawai serta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta terutamanya, tertipu dengan slogan tuan rumah itu. Atau mungkin juga sebahagian besar penduduk kota Jakarta sendiri yang tidak memahaminya.
Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku. 

Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan. 

Provokasi di Gelora Bung Karno yang sudah basi dan tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara, dijangka akan lebih bingit dan menyakitkan telinga dengan misi membalas dendam serta mengubat ‘sakit hati yang mendalam’ (seperti dikatakan peminat dalam satu temubual radio tempatan) terhadap Malaysia akibat kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu. 

Menurut rakan wartawan yang pernah membuat liputan Sukan SEA di hampir semua negara di rantau Asia Tenggara ini, Sukan SEA di Jakarta antara yang paling teruk – terutama dalam sambutan rakyatnya terhadap kontinjen Malaysia. 
Kontinjen Malaysia yang hadir ke bumi Jakarta seolah-olah musuh ketat yang cuba dimalukan dan dimusnahkan. Bagi penyokong Indonesia, biar mereka tidak dapat emas asalkan bukan Malaysia yang memperolehnya. 

Sokongan padu sanggup diberikan kepada lawan Malaysia, tidak kira dalam apa acara sekalipun. Jadi jelas kedatangan kontinjen negara ke sini kurang dialu-alukan dan nama Malaysia tidak terbabit dalam kempen Bersatu & Bangkit kali ini. 

Malaysia kini yang berada di tangga keempat keseluruhan selepas mencapai sasaran 45 pingat emas kelmarin, kini perlu menamatkan kempen kali ini dengan ibu emas – mengecewakan Indonesia dalam aksi final bola sepak malam ini – sekali gus mengajar sebahagian penyokong di sini erti semangat kesukanan sebenar. 

Syed Riduan 







MC : negara bagus, serumpun. sepatutnya sebagai saudara seislam mereka saling hormat menghormati.

tapi sayang ada segelintir yg mcm manusia takda tamadun ni.... membuat huru hara dgn mencemuh pasukan lain sekaligus merosakkan imej negara mereka sendiri di peringkat antarabangsa !  provokasi dhaif !

kali ini indonesia di lihat sangat gagal menganjurkan sukan sea dgn adil dan bersih.
sukarelawan ramai diberhentikan serta merta begitu sahaja.

keselamatan dan maruah negara peserta TIDAK DI JAMIN !!

quote from other forum mereka mengatakan layanan diterima adalah seperti ini

di bawah terdapat beberapa ucapan dan ungkapan 'terima kasih'
yg dibuat oleh kawan2 aku dlm fb..keoekoek..
so meh kite share2 skettttttttttt~~~
 
'terima kasih' indonesia kerana :

01. atlit negara lain keracunan makanan
02. layanan atlit yang sakit di hospital macam rawat kambing
03. tak benarkan penyokong malaysia masuk stadium
04. tak benarkan wartawan malaysia buat liputan
05. pembukaan sukan sea yang tak best langsung
06. sikap penonton yang sangat PANDAI menghormati tetamu
07. perlawanan silat yang SUPER menarik dan sangat bermaruah
08. kereta kebal untuk pasukan malaysia


[video] Darth Vader claim tanah utk parking kapal angkasanya [real]

Tgk gambar kt bawah ni dunia nya darth vader pergi pejabat tanah untuk minta tanah supaya boleh parking kan kapal angkasanya. ( video ada bawah )













KIEV, Ukraine - Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin
Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu.
"Saya ialah Darth Vader," katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan.
"Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat.
"Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader," tambahnya kepada tiga pengawal keselamatan yang tercengang.
Laman web tempatan, Dumskaya.net melaporkan kunjungan itu dibuat ketika kontroversi tercetus berhubung keputusan pihak dewan bandar raya Odessa mengagihkan beberapa bidang tanah tepi pantai secara percuma tetapi kepada cuma lima orang warga Ukraine.
'Darth Vader' menyerahkan surat surat permohonannya kepada seorang kerani dewan bandar raya sebelum beredar.


watch this video. ( darth vader claims land for his spacecraft hehe )



MC : cayalah bro darth vader.... 

Saturday, November 19, 2011

Thursday, November 17, 2011

[Gambar] Bila Ustaz Don 'berduet' dgn Amy Search....



MC : sebelah kiri tu ustaz don, sebelah kanan tu amy search. mcm sama kan ? hehe  tp x serupa.... :P  

bila agak2 ustaz don nak berduet dgn otai Amy search ???  suara ustaz Don pun x kurang hebatnya.... mengaji mantobbbbbb  ~~~~~~ chilled out

[Video] Sukan Sea 2011 : Gol Syahrul Azwari : Malaysia 1 - Indonesia 0






MC : tahniah buat skuad Harimau Muda & Ong Kim Swee. walaupun di provoke berkali2 tetapi mental mereka professional. world class

Monday, November 14, 2011

pinjam PTPTN : adakah anda termasuk disenarai hitam/ blacklist ptptn ke luar negara ?

SEMAKAN SENARAI HITAM IMIGRESEN



Pihak Ptptn telah mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan peminjam ingkar daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Senarai peminjam yang telah dikenakan sekatan ini boleh disemak di bawah:


Korg kene tak? baik korg start bayar.

Sunday, November 13, 2011

tahniah Datuk Bung Mukhtar & Datin Zizie


Tercapai Impian: Zizie Kini Bergelar Datin

Bermula awal tahun ini, Zizie Ezette telah mula bergelar datin.


Ini berikutan Datuk Bung Mokhtar Radin menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.
Untuk yang tidak tahu, gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja.
Laporan berkenaan Zizie ‘naik pangkat’ disiarkan dalam Berita Minggu semalam.
Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.
“Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan.
“Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji,” lapor akhbar berkenaan.
Bung berkahwin dengan Nor Asidah pada 24 Ogos 1991 di Sabah.
Perkahwinan dengan Zizie pula berlangusng pada 16 Disember 2009. Kedua mereka (Zizie dan Bung) kemudian telah didakwa di Mahkamah Syariah kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah dan kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.
Apa pun, tahniah la Zizie yea…tercapai impian…syukurrrrr.

Thursday, November 3, 2011

[Video] Keadaan Dalam Kaabah

video berikut menunjukkan situasi dalam kaabah ( dimana menjadi kiblat solat bagi umat islam.... )


PM di Mekah

Kisah Baru Melibatkan PM Di Mekah

PAPARAN muka depan Utusan Malaysia hari ini menggegarkan negara apabila gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengerjakan tawaf di Baitullah dengan memakai sesuatu yang berupa kalung seakan-akan tangkal dilehernya.
Tangkal selalunya dikaitkan dengan usaha untuk menghalau hantu iaitu sebagai ‘pendinding’ atau untuk mengelak/menyembuhkan penyakit atau untuk memberi kekuatan atau kelebihan kepada sipemakai, misalnya, kekebalan.
Mengapa Najib perlu memakai tangkal untuk mengerjakan haji sedangkan beliau sendiri telah dikerumuni dengan puluhan pengawal peribadi sama ada dari Malaysia atau yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Adakah Najib tidak yakin keselamatannya dilindungi oleh Allah sepanjang berada di Tanah Suci waima di depan Baitullah? Najib perlu menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian.
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri ketika dihubungi Mynewshub.my menjelaskan Najib tidak ada memakai kalung mahupun tangkal sepanjang mengerjakan ibadat haji.
Sebaliknya, tali yang tergantung di leher Perdana Menteri itu merupakan tali yang diikat pada buku panduan haji yang biasa dipakai oleh jemaah haji dari Malaysia dan seluruh dunia.
“Buku panduan haji yang siap ada dengan tali ini banyak dijual di Malaysia.
“Mereka yang pernah menunaikan haji atau umrah biasa menggantung buku ini di leher terutama ketika mengerjakan tawaf dan saei,” kata seorang pegawai di pejabat tersebut.
Justeru pegawai berkenaan berharap, orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan liar bahawa tali yang tergantung di leher Najib adalah tangkal seperti yang didakwa oleh sebuah portal milik pembangkang.
Beliau juga meminta orang ramai mendoakan Najib dan rombongan yang sedang mengerjakan salah satu Rukun Islam di Mekah dan bukannya asyik mereka cerita atau menabur fitnah ke atas beliau.

MC : agak2 la kalu ye pun nk lancarkan provokasi..... aduh lahhh melayu2.

Sunday, October 30, 2011

Final Piala Malaysia 2011 - Sharbinee minta maaf atas kesilapan








SEPERTI mahu bertanggungjawab di atas kegagalan Terengganu menjuarai Piala Malaysia, penjaga gol, Sharbinee Alawee Ramli secara terbuka mengakui kesilapan pada perlawanan akhir kelmarin.
Sambil menjelaskan kesilapan tersebut tidak disengajakan, penjaga gol kebangsaan itu turut meminta maaf kepada semua rakan serta penyokong di atas apa yang telah berlaku.
Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, Sharbinee yang memiliki pengalaman luas beraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas hantaran silang pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada minit ke-81.
Gol penyamaan itu telah mencetuskan kebangkitan para pemain Negeri Sembilan yang akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-86 untuk muncul juara Piala Malaysia edisi 2011.
“Perlawanan akhir memang sengit dan apa sahaja boleh berlaku. Lagipun, sukar untuk saya kata- kan apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya boleh katakan yang saya tidak bernasib baik dan ia mungkin bukan hari saya.
“Saya juga tahu ramai orang di luar sana yang membenci saya kerana kesilapan itu. Justeru, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Terengganu yang mengharapkan kami membawa pulang trofi ini.
“Kami telah melakukan yang terbaik dan tahun ini mungkin bukan rezeki kami,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengga- nu semalam.
Mengulas lanjut mengenai kesi- lapan itu, Sharbinee yang dianggap penjaga gol No. 2 negara sele- pas Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan, faktor padang bukanlah punca utama.
Sebaliknya dia mendedahkan, tempoh perlawanan yang cukup genting memberi sedikit tekanan kepadanya sehingga gagal beraksi dengan baik.
“Saya mungkin telah membuat keputusan yang silap sehingga menyebabkan jaringan itu dan ia sesuatu yang sukar untuk saya terima.
“Namun, saya akan jadikan kesilapan ini sebagai satu lagi pengalaman untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati pa- da perlawanan akan datang.
“Saya cuma berharap agar para penyokong Terengganu terus berada di belakang pasukan ini dalam misi memburu kejuaraan pada musim depan,” katanya lagi.
Untuk rekod, kekalahan 1-2 Terengganu kepada Negeri Sembilan kelmarin meneruskan kemarau kejuaraan buat skuad Penyu itu selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia sepuluh tahun lalu.
Satu-satunya kejuaraan yang dimenangi skuad kendalian Irfan Bakti itu adalah dengan muncul juara Piala FA selain menduduki tangga kedua dalam persaingan Liga Super.

RM3 juta jika berjaya tangkap askar Israel


pix_gal0
RIYADH: Seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi menaikkan ganjaran sehingga AS$1 juta (RM3 juta) kepada sesiapa yang berjaya menangkap tentera Israel untuk ditukarkan dengan banduan Palestin. 

Putera Khaled bin Talal, saudara lelaki kepada hartawan Putera Alwaleed bin Talal, memberitahu stesen televisyen al-Daleel menerusi telefon kelmarin, tawarannya sebagai membalas dendam berikutan ancaman dikeluarkan rejim Zionis itu terhadap Sheik Awadh al-Qarani, ulama terkenal Arab Saudi yang menjanjikan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) bagi penangkapan seorang tentera Israel.
“Dr al-Qarani berkata beliau menawarkan AS$100,000 cuma untuk menangkap seorang tentera Israel tetapi rejim Zionis bertindak balas dengan menawarkan AS$1 juta untuk membunuh beliau.


“Saya memberitahu Dr al-Qarani saya menyebelahinya dan membayar baki AS$900,000 (RM270,000) untuk menawan tentera Israel supaya banduan Palestin lain dapat dibebaskan,” katanya. 

Al-Qarani berkata dalam laman Facebooknya minggu ini yang beliau membuat tawaran sebagai reaksi kepada ganjaran hampir sama dibuat sebuah keluarga Israel bagi sesiapa yang dapat menangkap orang yang membunuh seorang anggota keluarga mereka pada tahun 1998, berikutan perjanjian pertukaran banduan awal bulan ini. 

Al-Qarani memang terkenal di Arab Saudi kerana kelantangan beliau memberikan pandangan. 

Arab Saudi, tempat lahir Islam, melihat dirinya sebagai juara mempertahankan hak penduduk Palestin tetapi pemimpin negara itu berusaha mengekang lebih banyak kenyataan radikal daripada ulama berhubung konflik Israel-Palestin. 
Pada 2002, negara itu menawarkan inisiatif damai dengan mengiktiraf penuh Israel jika rejim itu menyerahkan semua tanah yang dirampas ketika perang pada tahun 1967 dan menerima penyelesaian bagi pelarian Palestin. 

Tawaran al-Qarani dibuat berikutan pembebasan tentera Israel, Gilad Shalit, yang ditawan Hamas di Gaza lebih lima tahun. Israel terpaksa bersetuju membebaskan lebih 1,000 tahanan Palestin sebagai pertukaran. – Agensi 


sumber

Friday, October 28, 2011

Mistik Si Uncle Seekers : Tan Sri Muhyiddin akan jadi PM dengan 5 Syarat ??


Ramalan Mimpiku - Part 1
...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...

Sebelum aku tido pagi tadi, tetiba aku terfikir nak mohon padaNYA supaya diberi alamat siapakah yang akan menerajui negara yang aku cintakan ini. Seperti biasa aku akan tido selepas jam 7 pagi. Sekitar jam 1.15 tengahari aku terjaga dan alamat yang diberikan bercampur baur kerana ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin bakal jadi Perdana Menteri Malaysia kalau beliau lakukan 5 syarat...

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam mimpi tersebut terdapat 3 perkara yang Uncle Zahid perlu buat dan 2 perkara yang harus dijauhi.

Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan meletakkan jawatan sebagaimana Tun Mahathir lakukan kerana faktor keadaan yang mendesak.

Janganlah percaya mimpi saya ini kerana ianya hanyalah sekadar mimpi...

Wednesday, October 26, 2011

Pulau Pulau Cantik Sabah untuk di jual

berikut adalah pulau pulau untuk dijual di  negeri sabah negeri di bawah bayu, malaysia

ia tidak di iklan di mudah.my atau lelong.com.my.... tapi di web di bawah ni...


Pulau Mengalun RM18,000,000.00



RegionMalaysiaAsia
PriceUS $18,000,000 
Statusfor sale 
Size250 acres
LocationSouth China Sea


Pulau Montukod RM35,000,000.00 sahaja



Montukod Island


RegionMalaysia, Asia
PriceMYR $35,000,000 
Statusfor sale 
Size17.2 acres
LocationNorth Borneo, Malaysia



dan yang paling murah adalah pulau Pandanan RM2,000,000.00 ringgit malaysia sahaja.



Pulau Pandanan

RegionMalaysia, Asia
PriceUS $2,000,000 
Statusfor sale 
Size10 acres
LocationNear Semporna





harga pulau pulau cantik di sabah untuk dijual  serendah dari rm2 juta hingga rm 35 juta ringgit malaysia. 

klik bawah ni utk sebarang pertanyaan atau contact direct to the seller 



MC : kalau ada duit, dapat beli pulau pandanan pun jadi la... :P tahniah pada bakal pemenang... jgn buat sarang maksiat kt situ dah la.