Friday, November 21, 2008

Politik Pening - Shahrizat bakal berdepan kekalahan lg...

akibat miscommunication - mungkinkah shahrizat menempa kekalahan kali ke 2 ?

aduhhhhh pening dah politik la ni.... pemimpin tak sehati berdansa.
everybody have their own agenda.

Rafidah tetap pertahan jawatan

21/11/2008 2:35pm

KUALA LUMPUR 21 Nov. — Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan parti Mac depan.

Rafidah, 65, berkata beliau menghargai dan menghormati pencalonan yang diterimanya daripada 117 bahagian Umno.

“Saya memulangkan kepada para perwakilan, yang mewakili akar umbi, untuk menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk tempoh 2009-2011 itu,” katanya dalam kenyataan setebal 11 muka surat.

Semalam, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Keputusan itu sekali gus melenyapkan pelan peralihan kuasa Wanita Umno pada Jun 2009 yang diumumkan Rafidah Ogos lepas. -Bernama

sumber