Tuesday, June 16, 2009

PM yakin Pas ikhlas

KUALA LUMPUR 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Justeru, Perdana Menteri tetap dengan pendiriannya untuk mengamalkan sikap terbuka dan pada masa sama, bersedia mendengar serta mempertimbangkan apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menolak segala bentuk kerjasama yang akhirnya boleh memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.

‘‘Saya pernah menyatakan sebelum ini yang kita bersikap terbuka berhubung cadangan tersebut dan kita juga bersedia untuk mendengar dan menimbang cadangan yang dikemukakan oleh Pas mengenainya (kerajaan perpaduan),’’ katanya yang juga Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel ke 17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Beliau ditanya pandangan serta komitmennya sebagai Perdana Menteri terhadap cadangan kerajaan perpaduan selepas ia mendapat tentangan daripada banyak pihak khususnya pembangkang.

Najib ketika memberi reaksi sebaik sahaja tamat Muktamar Pas ke-55 baru-baru ini menyatakan sikap keterbukaannya terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas itu.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi kerana mengemukakan konsep itu, Najib berkata, beliau bagaimanapun belum mempunyai kefahaman yang jelas mengenainya.

Abdul Hadi pada hari pertama muktamar parti itu di Shah Alam pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya untuk melaksanakan konsep kerajaan perpaduan kerana yakin ia mampu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negara ini.

Najib ketika mengulas lanjut turut menyifatkan cadangan itu sebagai titik permulaan dalam usaha menemukan antara parti pemerintah dan Pas.

‘‘Ini merupakan satu titik permulaan. Untuk itu, kita perlu risik-risik dahulu. Seperti orang hendak berkahwin kita perlu merisik, jadi atau tidak jadi, hanya takdir sahaja yang dapat menentukan,’’ katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kedua-dua belah pihak boleh mengadakan perbincangan iaitu dengan berasaskan kepada sikap keterbukaannya terhadap cadangan berkenaan.

‘‘Seperti mana saya nyatakan kita berfikiran terbuka dan kita boleh tengok apakah bentuk kerjasama yang sesuai dan selepas itu, kita boleh bincang. Tidak ada masalah,’’ jelasnya.

Sementara itu, ditanya kekecohan yang berlaku selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Dewan Rakyat semalam, Najib hanya berkata: ‘‘Biasalah, itu dia sengaja nak buat.’’


Ini mcmla pemimpin....

Wednesday, June 10, 2009

USM cipta bahan rawat akar gigi


KAKITANGAN USM, Syafawati Zaim menunjukkan produk daripada nanoseal plus di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM,
Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta satu lagi sejarah perubatan moden negara sebagai universiti pertama berjaya menghasilkan bahan nanoseal plus bagi membantu rawatan kanal akar gigi.

Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian USM Kampus Kubang Kerian, Prof. Ab. Rashid Ismail berkata, nanoseal plus adalah bahan perekat pertama menggunakan zarah nano dengan teknologi masa kini yang mempunyai bentuk menyamai struktur gigi.

"Ia juga dapat mempertingkatkan bioserasi dan daya lekat antara bahan perekat dengan gigi yang mana kekuatan daya lekat amat penting dalam memastikan kejayaan rawatan kanal akar yang dilakukan," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan kejayaan universiti itu di sini semalam.

Beliau berkata, kombinasi teknologi nano dengan bahan menyerupai struktur gigi memberi beberapa kelebihan dan zarah nano yang reaktif dapat merencatkan pertumbuhan bakteria, kesannya ia akan mempercepatkan proses pembaikan gigi yang dijangkiti.

sumber

tahniah usm, aritu dah berjaya menang APEX Universiti, skang dapat cipta sesuatu yang bakal berguna kepada pesakit2 gigi plak :P chayyo chayyo..

Shukery Hashim meninggal dunia




AMPANG - "Saya tunggu awak di syurga."

Demikian antara kata-kata akhir pelakon Mohamad Shukery Hashim (gambar), 55, kepada isterinya Faridah Mad Desa, 51, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit barah pankreas di Pusat Perubatan Universiti KebangsaanMalaysia (PPUKM), pada pukul 1.45 petang semalam.

Faridah yang sentiasa berada di sisi Mohamad Shukery sejak dimasukkan ke PPUKM pada Jumaat lepas memberitahu, dia tidak menyangka arwah suaminya itu akan meninggal dunia dalam masa yang singkat.

"Terlalu cepat rasanya kerana dia nampak sihat. Arwah cakap, dia bertuah kerana dapat isteri macam saya dan kalau dia pergi dulu, dia akan tunggu saya di syurga.

"Arwah juga selalu berdoa meminta pada Allah, semoga dipermudahkan pemergiannya dan arwah pergi dengan tenang macam tidur," jelasnya.

sumber

Al-fatihah buat arwah. Semoga arwah Digolongkan dalam kalangan hamba2 yang soleh.

MCM2 - Wang AS$1 juta dalam tilam lama hilang

BAITULMAQDIS 10 Jun - Seorang wanita Israel melakukan kesilapan besar apabila membuang tilam lama milik ibunya yang mengandungi wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM3.6 juta).

Wanita berkenaan memberitahu stesen radio tentera, dia telah membelikan ibunya tilam pada Isnin lalu dan membuang tilam lama.

Bagaimanapun setelah membuangnya, dia diberitahu ibunya telah menyimpang wang yang diperoleh seumur hidupnya di dalam tilam tersebut.

Dia kemudiannya bergegas ke tempat di mana dia membuang tilam itu, malangnya tilam buruk itu telah diambil oleh pekerja pemungut sampah.

Sehingga hari ini mereka telah mencari tilam berkenaan di tiga kawasan pembuangan sampah tetapi masih tidak menemuinya.

Yitzhak Borba, seorang pengurus tempat pembuangan sampah berkata, mereka turut membantu mencari tilam tersebut, tetapi ia sukar untuk ditemui ekoran jumlah sampah yang dibuang setiap hari besar jumlahnya iaitu 2,500 tan. - AP

macam2 la dunia ni....

1Malaysia dilancar besar-besaran

PUTRAJAYA 10 Jun - Gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 Jun ini.

Program yang dijangka disertai 10,000 orang terdiri dari kalangan anggota Kabinet, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin Sabah dan Sarawak, pemimpin parti-parti pembangkang serta perwakilan golongan muda itu akan memperjelaskan kepada umum pendekatan dan gerak kerja gagasan tersebut.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, mesyuarat Kabinet hari ini memberi lampu hijau supaya gagasan itu dilancarkan bermula pukul 8 pagi.

"Di situ nanti, lambang dan lagu 1Malaysia akan dilancarkan secara rasminya.

"Signifikannya pelancaran ini adalah supaya dapat memperjelaskan kepada khalayak tentang konsep, kaedah, pendekatan dan gerak kerja 1Malaysia yang disusun setiap masa agar mencapai matlamat Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pihak kementerian sedang menyusun serapi mungkin pelancaran program ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Gagasan 1Malaysia diumumkan Najib April lalu bagi meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak pihak mengemukakan pelbagai tuntutan atas nama 1Malaysia yang jika diamati lebih menjurus kepada faedah kaum tertentu sahaja dan bukannya untuk semua anggota masyarakat.

Ahad lalu, Najib berkata, gagasan 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sama ada secara tersurat atau tersirat.

Kata Perdana Menteri, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru sebaliknya matlamat akhir gagasan iaitu perpaduan nasional menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad yang lepas.

sumber


semoga terus berjaya.. konsep Islam Hadhari & wawasan 2020 perlu di include-kan sekali dalam Konsep 1Malaysia ini. supaya misi bersama tercapai.