Tuesday, March 4, 2008

Kempen Jahat Utusan Malaysia....

Nik Aziz perlekeh Sayyid Tantawi

Oleh HERMAN HAMID

KOTA BHARU 4 Mac – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyamakan pemimpin UMNO dengan orang utan, hari ini memperlekehkan ulama tersohor Sheikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi kerana mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.

‘‘Tantawi ini siapa dia? Tantawi orang Arab yang belajar di (Universiti) Al-Azhar. Saya pun belajar di Al-Azhar, Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi Awang) juga belajar di sana.

‘‘Kita tak rujuk pada Tantawi kerana dia pun kena rujuk al-Quran. Takkan dia buat sendirian. Kalau rujuk al-Quran, saya pun rujuk al-Quran. Apa susah?

‘‘Pasal apa kita masih melekat dengan orang asing. Tadbir ikut orang putih, agama ikut Arab,” kata Mursyidul Am Pas itu pada sidang akhbar di sini.

Nik Aziz mengulas kenyataan Tantawi yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh ketika lawatannya ke Kuala Lumpur sempena Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar yang berlangsung di ibu negara bulan lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya apakah Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN) tidak melaksanakan kebajikan kepada rakyat, Nik Aziz berkata: ‘‘Kebajikan setakat dunia adalah, negara komunis pun buat kebajikan. Kebajikan mesti manfaat dari dunia sampai akhirat. Yang ini benda orang sekular tak reti.”

Nik Aziz juga menyamakan pengundian dalam pilihan raya dengan membeli sayur di pasar.

‘‘Nak sayur apa, nak ikan apa, boleh pilih dengan bebas tanpa tekanan. Jadi pilihan raya begitu juga. Maka pilihlah parti yang boleh melaksanakan perintah Allah,” jelas beliau.

Nik Aziz turut menasihatkan rakyat Kelantan yang menetap di luar negeri ini supaya balik mengundi pada 8 Mac ini.

‘‘Ada duit bayar tambang bas sendiri, tak ada duit tumpang bas yang disediakan UMNO, lepas itu takbir selalu. Kalau pemandu nak patah balik, sekat stereng, kita bawa sendiri,” katanya.

Ditanya pandangannya jika Kelantan jatuh ke tangan BN pada pilihan raya kali ini, Nik Aziz berkata: ‘‘Kalau rakyat Kelantan buat keputusan itu dengan sukarela, apa boleh buat. Kami hanya dukacita tapi kami tidak akan patah semangat.”

komen : kempen jahat utusan malaysia... bodoh, kalau nk provoke pun agak2 la... hal2 melibatkan tokoh agama sensitif la sikit... bangang punye pemberita... bodoh ! tak blajo ke !! takde agama ke !! bangang !

No comments: