Tuesday, November 22, 2011

Ganjaran peribadi Presiden FAM : RM30,000 seorang untuk Skuad Harimau Muda Emas Ong Kim Swee




Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee bersama anak-anak buahnya menerima sambutan meriah penyokong skuad kebangsaan sejurus tiba dari Jakarta di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang semalam.


RM30,000, itulah ganjaran yg menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.
"Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.
"Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka," katanya.
lanjut baca sini
MC : apa pun semoga skuad harimau muda emas konsisten untuk perlawanan selepas ini. bak kata mawi..... mmg world !!! skuad harimau muda emas mmg world !!!

No comments: