Monday, February 13, 2012

order Iphone 4s dapat berus cat terpakai


IMPIAN MUSNAH...Faizal menunjukkan berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan yang diterimanya.
IMPIAN MUSNAH...Faizal menunjukkan berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan yang diterimanya.
JOHOR BAHRU: “Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam.
Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.
Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.

“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.

Saturday, February 11, 2012

Datuk Aziz Satar terima bantuan BR1M...




KUALA LUMPUR - “Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kadang ada tawaran, tetapi ada juga tiga hingga empat bulan tiada tawaran berlakon. Kerana itu saya cuba mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ini, dan Alhamdulillah dapat”.

Demikian menurut pelakon dan pelawak veteran Datuk Aziz Sattar, antara penerima BR1M, di kawasan Parlimen Titiwangsa yang disampaikan Pemangku Ketua Umno, Datuk Johari Abdul Ghani.

Bercerita lanjut, Aziz berkata, dia gembira dengan kunjungan pemimpin setempat itu yang melapangkan masa menyampaikan sendiri baucar bantuan tersebut kepadanya.

Beliau berterima kasih kepada Umno Bahagian Titiwangsa yang yang prihatin kepada golongan warga emas sepertinya.

“Kehidupan saya sekarang ini seperti biasa, kalau ada tawaran berlakon, adalah pendapatan. Bila dapat lebih, perlu pandai-pandai uruskan untuk tampung perbelanjaan ketika tiada tawaran,” katanya ketika penyerahan baucar BR1M oleh Umno Bahagian Titiwangsa, di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Ampang Hilir, di sini kelmarin.

Aziz berkata, dia berhasrat bekerjasama dengan Umno Bahagian Titiwangsa menganjurkan program motivasi mengenang mereka yang berjasa kepada negara ini.

Katanya, rakyat perlu didedahkan sumbangan pemimpin sebelum ini sehingga sekarang.

Sementara itu, difahamkan jumlah penerima BR1M di Parlimen Titiwangsa setakat ini seramai 4,975 orang, manakala seramai 4,790 lagi dijangka menerimanya hari ini dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pejabat Umno Bahagian Titiwangsa.

sumber sahih

Thursday, February 9, 2012

Makan di Zimbabwe dan makan di Malaysia


resit sebelah kiri adalah dr zimbabwe manakala resit sebelah kanan ( restoran mee udang makjah ) adalah dr malaysia.

wow!!. harap2 ekonomi wang fiat malaysia boleh bertahan lagi dari nilai matawangnya jatuh mendadak seperti zimbabwe.


Malaysianchoice : rasa syukur akan setiap sesuatu boleh menambah nikmat2 yang baru....  mari kita sepakat mula menukar fiat kpd perak dan emas.... sikit2 lama2jadi bukit. " start small..... start now "


Sewa Teman Lelaki







Wanita di China yang mencari pasangan kini boleh melalui jalan pintas tanpa perlu kenal terlebih dahulu dengan lelaki, dengan menyewa teman lelaki pada laman e-dagang Taobao untuk suatu set harga, menurut Nandu Daily.

Teman lelaki disewa berdasarkan perkhidmatan yang mereka berikan kepada wanita, termasuk berpegangan tangan, berpeluk dan bercium.

Pasangan sementara itu biasanya akan pergi ke panggung wayang, membeli-belah, makan malam, atau satu lagi temujanji yang dipilih oleh wanita itu.

Harga sewa teman lelaki berbeza-beza. Sepuluh yuan (AS $2 dolar) adalah standard untuk makan tengahari sejam.

Untuk membeli-belah selama sejam, harga dua kali ganda kepada 20 yuan (AS $4). Untuk sewa teman lelaki sehari penuh, kos boleh meningkat sehingga 100 yuan (AS $15).

Kebanyakan lelaki yang menyewa dirinya mencari wang, tetapi ada yang mengatakan mereka lakukan untuk cinta.

Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Foshan, Guangdong bernama Huang menghantar iklan dengan harga yang tinggi sebanyak 500 yuan (US $79) sewa dirinya.

Huang berkata beliau berharap untuk mencari kasih sayang dan bahawa jika dia mendapati seorang gadis yang benar-benar mahu berkahwin dengannya, dia boleh melaraskan harga.

Seorang gadis dari Beijing telah menghubunginya, tetapi mereka tidak pernah berjumpa kerana jarak antara rumah-rumah mereka. - China Times