Monday, August 15, 2011

Harapan berkecai

HEBAT...gelagat Lin Dan meraikan kemenangan ke atas Chong Wei, semalam. 
HEBAT...gelagat Lin Dan meraikan kemenangan ke atas Chong Wei, semalam.

DATUK Lee Chong Wei memberikan segala-galanya tapi memenangi takhta dunia masih lagi menjadi sekadar mimpi buat pemain nombor satu dunia itu.


Turun berbekalkan misi memburu takhta sulung menerusi final pertamanya di Kejohanan Dunia di Arena Wembley malam tadi, usaha Chong Wei menerima tamparan hebat apabila tewas kepada Lin Dan yang muncul juara buat kali keempat dengan kemenangan 20-22, 21-14, 23-21 dalam tempoh 86 minit.


Badi kegagalan berterusan itu menyaksikan Chong Wei hanya mempunyai satu lagi kejohanan utama untuk dimenangi, Sukan Olimpik tahun depan yang juga penyertaan terakhirnya di temasya berprestij itu.


Kekalahan Chong Wei itu menyaksikan rekod pemain China itu ke atas pemain utama negara itu kini melebar kepada 26 kemenangan berbanding lapan kalah.


Bagaimanapun, kekalahan itu tidak mengaibkan berbanding pada temasya Olimpik Beijing 2008 apabila Chong Wei memberikan tentangan hebat kepada Lin Dan, terutama pada set penentuan ketika dia dua kali memegang mata penamat pada kedudukan 20-19 dan 21-20 tapi gagal untuk menamatkannya.


Chong Wei yang mengalami kekejangan kaki selepas pertarungan maraton itu tidak dapat memberikan sebarang komen.

Bagaimanapun, jurulatih Tey Seu Bock berkata, kekalahan Chong Wei itu kerana Lin Dan lebih berani mengambil risiko dengan membuat pergerakan yang memihak kepadanya pada penghujung perlawanan.


“Lin Dan sentiasa bertukar menjadi pemain lain setiap kali bertemu Chong Wei dan itulah yang berlaku sekali lagi hari ini apabila dia sukar ditewaskan.

“Dia juga lebih berani mengambil risiko ketika saat getir dan itulah yang berlaku. Lagipun tuah juga memihak kepada Lin Dan,” katanya.


Sementara itu, Lin Dan berkata, perlawanan itu paling sengit dalam pertemuannya dengan Chong Wei dan agak bernasib baik untuk keluar sebagai pemenang.


“Pertemuan antara kami sering 50-50 dan hari ini saya bernasib baik kerana menang. Chong Wei memberikan segala-galanya hari ini,” katanya.


Pada separuh akhir lewat malam kelmarin, Chong Wei menyingkirkan seorang lagi pemain China yang juga juara bertahan, Chen Jin dengan 21-13, 21-9 manakala Lin Dan menewaskan Peter Hoeg Gade dengan 22-24, 21-7, 21-15.


Kejohanan kali ini adalah cubaan keenam Chong Wei untuk memenangi takhta dunia.


View the original article here

No comments: