Friday, February 29, 2008

Berita Harian yang memutarbelitkan..

Nik Aziz pertahan ‘fatwa’ boleh mengumpat

Oleh Azman Zakaria dan Ramli Husin


Nik Aziz pertahan ‘fatwa’ boleh mengumpat

Oleh Azman Zakaria dan Ramli Husin

PASIR PUTEH: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa perbuatan mengumpat memang dibenarkan mengikut syariat Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sebagai seorang yang alim, Abdul Hadi tentu tahu apa yang dikatakannya.

“Memang saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi) itu... dalam mencari kebenaran dan memilih pemimpin, kita terpaksa mengumpat. Tetapi saya minta surat khabar janganlah panjangkan lagi perkara itu, ia memburukkan keadaan.


“Dia (Abdul Hadi) orang yang sangat alim, dia tahu apa yang diperkatakannya,” kata Nik Abdul Aziz kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Maahad Tahfiz al-Quran Nurul Hidayah dekat Tualang Tinggi, di sini, semalam.

Bangunan asal sekolah yang menempatkan asrama dan pejabat itu hangus dalam kebakaran akhir tahun lalu yang menyebabkan 100 pelajar hilang tempat tinggal.

Rabu lalu, Abdul Hadi mengeluarkan ‘fatwa’ terbaru dengan membenarkan semua calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Beliau dilaporkan berkata, Islam membenarkan tindakan sedemikian kerana urusan memilih pemimpin ialah satu perkara yang amat besar selain menepati kehendak sistem demokrasi moden.

Abdul Hadi mendakwa, perbuatan itu dibolehkan kerana bertujuan memastikan semua bakal wakil rakyat yang bertanding bebas daripada segala anasir yang boleh menjejaskan kredibiliti serta kewibawaan mereka.


komen : stupid la laporan berita mcm ni. memutar belitkan fahaman agama. kalu dalam agama islam membenarkan utk mendedahkan keburukan tertentu bakal pemimpin yang dilantik, kenapa mesti ada lagi laporan berita yang dangkal mcm ni ???

No comments: