Tuesday, February 26, 2008

- IF THIS AS WHAT HE SAID -Pirdaus Ismail - Bekas Imam GILA KUASA !


Wan Azizah tak jujur - Pirdaus

BUKIT MERTAJAM 25 Feb. - Niat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil dianggap sebagai penipuan terancang.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail berkata, tindakan berkenaan menunjukkan Wan Azizah tidak jujur kepada pengundinya.

Beliau berkata, tindakan Wan Azizah itu juga seolah-olah mempermainkan sokongan rakyat terhadapnya.

''Dr. Wan Azizah tidak jujur dalam permainan politiknya kerana beliau sanggup menipu para pengundinya semata-mata untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula.

''Beliau perlu bertanya dulu adakah beliau boleh menang dalam pilihan raya kali ini sebelum hendak memberi laluan kepada suaminya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Pirdaus yang merupakan bekas Imam Masjid Negara akan menentang secara satu lawan satu dengan Wan Azizah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada pilihan raya umum 2004, Wan Azizah menang dengan majoriti tipis sebanyak 590 undi.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, niat Wan Azizah itu tidak profesional dan menipu pengundi.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berkata, Wan Azizah tidak perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-12 untuk mengosongkan kerusi berkenaan sebaliknya beliau boleh melakukannya sejak dulu lagi.

''Kenapa tunggu pilihan raya dan kenapa tidak kosongkan sejak dulu lagi. Ini menunjukkan beliau tidak ikhlas membantu membangunkan kawasan Permatang Pauh," ujar Abdul Jalil.

Selain itu, katanya, sejak PKR menawan kerusi Permatang Pauh, kebanyakan penduduk tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Wan Azizah dan berharap supaya BN akan merampas semula kerusi itu.

Sementara itu, calon baru di DUN Permatang Pasir, Ahmad Shahar Shuib berkata, cita-cita Wan Azizah untuk memberikan kerusi itu kepada suaminya adalah cita-cita palsu.

''Wan Azizah begitu yakin Anwar akan menang dalam pilihan raya kecil jika beliau mengosongkan kerusi itu tetapi apakah beliau terfikir apa akan berlaku jika pengundi di sini menolak suaminya," katanya.

Ahmad Shahar yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata, hasrat Wan Azizah itu akan ditolak oleh majoriti pengundi di situ.



Kalau betulla laporan ni ... memang gila kuasa la ni..

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm

No comments: