Thursday, February 14, 2008

Patern of Report - Berita Harian

  • Pak Lah yakin Barisan mampu tawan Kelantan

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) dapat menewaskan pembangkang dan merampas semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang akan berlangsung, 8 Mac ini. [+]

  • KSN akur arahan jumpa Cuepacs

    MELAKA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akur dengan arahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertemu Cuepacs bagi membincangkan permintaan kesatuan berkenaan mendapatkan sagu hati bagi kakitangan awam yang dianggarkan RM2 bilion. [+]

  • Karyawan singkir Aziz Sattar

    PETALING JAYA: Keahlian seniman filem tanah air, Datuk Aziz Sattar dalam Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dibatalkan selepas persatuan ini mengadakan mesyuarat khas jawatankuasanya, Isnin lalu. [+]

  • BN prihatin, realistik

    SEPANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung konsep pentadbiran prihatin, melahirkan masyarakat penyayang serta memberi peluang adil dan saksama kepada rakyat kerana ia lebih baik dan realistik berbanding konsep negara kebajikan, kata Datuk Seri Najib Razak. [+]

  • Analisis: Merealisasikan pilihan raya lebih telus

    DI sebalik angka 13-21-1 diuar-uarkan menjadi pilihan ramai � didahului dengan 13 Februari bagi pembubaran Parlimen, seterusnya 21 Februari dan 1 Mac diramalkan untuk penamaan calon dan hari mengundi � pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam harus dianggap satu lagi kejutan. [+]

  • Pas Kelantan nafi hak rakyat

    BACHOK: Umno Kelantan menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa janji Barisan Nasional (BN) untuk membawa pembangunan sebagai menghina rakyat Kelantan adalah bukti politik Pas mementingkan diri semata-mata. [+]

  • 'Usah guna isu pendidikan raih undi'

    KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan isu berkaitan agenda pendidikan negara sebagai modal untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini. [+]

  • Parti komponen BN lengkap senarai calon

    KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) kini pada peringkat akhir melengkapkan senarai calon masing-masing untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12, pada 8 Mac ini sebelum dikemukakan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. [+]

  • Telefon bimbit kamera rakam bukti

    KUALA LUMPUR: Ahli Puteri Umno khususnya yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12, dinasihatkan menggunakan telefon bimbit dilengkapi kamera sebagai persediaan berdepan dengan pelbagai ancaman dan taktik pembangkang yang terdesak untuk memenangi pilihan raya kali ini. [+]

  • Kayveas undur jika diletak luar Taiping

    KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas, sanggup mengundur diri daripada arena politik jika disenaraikan untuk bertanding di kerusi selain Parlimen Taiping, dalam pilihan raya umum 8 Mac ini. [+]

  • PKR, DAP rebut kerusi

    KUCHING: Biarpun Parlimen sudah dibubarkan dan tarikh penamaan calon serta Pilihan Raya Umum ke-12 diketahui, pembangkang di Sarawak masih gagal mencapai kata sepakat berhubung pengagihan kerusi Parlimen kali ini. [+]

  • Calon wanita ditambah

    GEORGETOWN: DAP bercadang meletakkan lebih ramai calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang. [+]

  • Sambutan baik untuk kempen 13 hari

    KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tempoh berkempen yang panjang bagi pilihan raya umum kali ini memberi peluang mereka membuat persediaan sepenuhnya termasuk menjalankan berkempen sehingga ke peringkat akar umbi dengan lebih berkesan. [+]

  • 8 Ketua Umno Bahagian antara dicalon

    KUALA TERENGGANU: Semua nama Ketua Umno Bahagian di negeri ini disenarai pendek sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum 8 Mac ini dan dikemukakan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk dipertimbangkan. [+]

  • 60 balai polis baru beroperasi hari ini

    KLANG: Sebanyak 60 balai polis dan 55 pusat komuniti polis yang baru ditubuhkan beroperasi serentak mulai hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang awam. [+]

  • 6,650 anggota kawal Parlimen, DUN di Johor

    JOHOR BAHRU: Polis menempatkan 6,650 anggotanya bertugas di seluruh kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor bagi memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-12 berjalan lancar. [+]

  • Suami isteri maut digilis lori

    JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri maut selepas jatuh dari motosikal sebelum digilis sebuah lori mengangkut pasir di Kilometer 33, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, berhampiran Pekan Kulai, dekat sini, semalam. [+]

  • Kes bunuh Altantuya: 'Setiap stesen pemancar kesan pergerakan Azilah'

    SHAH ALAM: Seorang pakar telekomunikasi semalam menjelaskan lebih lanjut keterangannya sebelum ini berhubung setiap stesen pemancar Celcom Malaysia Berhad yang mengesan pergerakan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, menuju ke lokasi pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Puncak Alam di sini, pada malam wanita Mongolia itu dilaporkan hilang, 19 Oktober 2006. [+]

  • Permohonan Mawi World batal saman RM1j ditolak

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan Mawi World Sdn Bhd (MWSB) untuk membatalkan saman RM1 juta yang dikemukakan syarikat pengeluar minuman air mineral, Yassa Sdn Bhd (YSB). [+]


komen dari Pak Belalang


ayyo yo ini mcm ar... surat kabar arus perdana tak boleh pakai lor.... mcm tak adil . Report should be balance and neutral. like this u can judge the paper are pro in what.... urmmm...

ini bukan DAP, keadilan, bukan pas juga... bukan umno bukan BN juga... tapi ini ADIL juga la...biar adil la... sapa mau menang itu punya pasal la... janji buat kilija baik2...tidak rosak sama itu manusia, tidak bikin rosak sama ini negara sudah la...

nanti Tuhan tanya lu olang, apa mau jawap ????

No comments: