Thursday, February 28, 2008

Contoh kempen pilihanraya yang baik - kalu reporting utusan ni betulla...

Nik Zain tidak gentar hadapi Nik Aziz

KOTA BHARU: Ketua Umno bahagian Pengkalan Chepa Datuk Nik Mohd Zain Omar tidak gentar untuk menentang “orang nombor satu Pas” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi negeri Chempaka yang menjadi kubu kuat Pas, pada pilihan raya umum ini.

Beliau sebaliknya bertekad membuktikan kemampuan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang diwakili Menteri Besar yang juga Mursyidul Am Pas itu.

Walaupun banyak pihak memandang sinis peluangnya untuk mengatasi Nik Aziz, Nik Mohd Zain yakin sebilangan pengundi kawasan itu akan menyokongnya.


“Saya bukannya nak lawan Nik Aziz tetapi melawan Pas yang gagal membantu rakyat Kelantan. Kami (BN) akan membawa perubahan (di Kelantan) dan ia akan bermula di Chempaka,” katanya yang memulakan kempen sejak awal lagi.

Nik Mohd Zain, 65, Pengerusi Eksekutif Nepline Berhad, sebuah syarikat perkapalan tempatan yang berjaya di peringkat antarabangsa, berkata pengundi muda dan mereka yang bekerja di luar Kelantan pasti menjadikannya sebagai calon pilihan utama.

Beliau berkata rakyat Kelantan sebenarnya inginkan perubahan dan pilihan raya umum ini adalah masa terbaik untuk melakukannya tambahan pula Nik Aziz yang kini berusia 77 tahun dan sudah menerajui Kelantan selama empat penggal sejak 1990 semakin sukar untuk meneruskan tugasnya pada usia yang semakin lanjut.

Nik Mohd Zain yang menerajui Umno bahagian Pengkalan Chepa sejak 10 tahun lalu, berkata sejak kebelakangan ini banyak perubahan ketara dilihat di kalangan pengundi yang jelas menunjukkan tanda mereka mula menerima Umno.

“Saya diterima masuk oleh penduduk di kawasan itu dan mereka berjanji untuk memberi sokongan kepada BN,” katanya yang sejak menjadi ketua Umno bahagian itu, memperuntukkan tiga hari seminggu bagi bertemu dan mendengar masalah rakyat kawasan berkenaan.

Beliau berkata perubahan sikap itu berpunca daripada keikhlasan Kerajaan Pusat membantu penduduk kawasan berkenaan termasuk menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan asas di DUN Chempaka seperti membina jalan, membaiki madrasah dan membaiki rumah penduduk miskin.

Nik Mohd Zain yang terkenal sebagai mesra rakyat dan sering menghulurkan bantuan kepada rakyat tanpa mengira parti, berkata lawatan berkala juga dilakukan bagi menentukan setiap masalah rakyat mendapat perhatian dan diatasi segera.

“Kita tidak mahu rakyat di kawasan itu tertinggal dari semua perkara lantaran itu saya membuat lawatan berkala, tambahan lagi DUN Chempaka di dalam bahagian Pengkalan Chepa,” katanya.

Nik Mohd Zain juga mengakui sebagai ahli korporat, beliau sering kali menjadi sandaran banyak pihak di sini untuk membantu mengubah ekonomi penduduk.

Bagaimanapun beliau kesal kerana setiap bantuan yang disalur melalui Umno atau BN kepada masyarakat sering kali diputar belit oleh Pas sebagai kononnya adalah hasil pemberian kerajan negeri pimpinan parti itu.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Nik Aziz menewaskan calon BN Ruhani Mamat dengan majoriti 3,694 undi. — Bernama


if this utusan report is transparent - ini baru betul kempen yang baik dan berhemah.... bukan mcm setengah pemimpin berkempen menjatuhkan peribadi, mcm org xde agama ! orang tak beragama serupa manusia yang tidak bertamadun. full stop.

1 comment:

Anonymous said...

"Nik Mohd Zain, 65, Pengerusi Eksekutif Nepline Berhad, sebuah syarikat perkapalan tempatan yang berjaya di peringkat antarabangsa," saper kata syarikat itu berjaya? separuh nyawa untuk bertahan with all sub standard type of kapal..nasiblah ada PETRONAS untuk kasi idup or else dah lama lingkup..staff di opis pun semakin mengecut..kapal tak di jaga sal dana abis untuk politiking..sampai anak kapal mogok di melaka tak mau belayar dan tuntut gaji berbulan x bayar!!!