YIWU, China - Arsenal bangkit dari ketinggalan ketika menentang Hangzhou Greentown untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Carlos Vela pada minit kecederaan pada aksi persahabatan siri jelajah pramusim di Asia semalam.
Pemain Hangzhou Greentown, Sebastian Vasquez menjaringkan gol pendahuluan pada minit ketujuh menewaskan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone.
Arsenal yang kali pertama berkunjung ke China sejak aksi pramusim di Beijing pada 1995, turun menentang pasukan Liga Su- per China itu di bandar Yiwu, 285 kilometer dari selatan Shanghai.
No comments:
Post a Comment