Friday, July 15, 2011

Pekerja kedai dapat bonus RM208,079 seorang



LONDON – Seramai 2,000 kakitangan sebuah rangkaian kedai menjual pelbagai barang sukan, Sports Direct bakal menikmati bonus berjumlah AS$70,643 (RM212,458.83) setiap seorang dalam bentuk saham. Bonus tersebut diberikan selepas kedai rangkaian barangan sukan terbesar Britain itu mencatat keuntungan besar selama dua tahun berturut-turut, Kedai itu, Sports Direct diasaskan oleh bekas jurulatih skuasy, Mike Ashley 29 tahun lalu.

Ia berjaya mencapai sasaran jualannya dengan keuntungan meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Jumlah itu dipercayai saham terbesar yang pernah diberikan kepada pekerja kedai di Britain. Purata gaji tahunan kakitangan di kedai tersebut cuma AS$32,219 (RM96,898.65). Ashley mula membuka kedai itu di Maidenhead, Berkshire pada 1982.

No comments: