Miami : Seorang penggila kereta Mike Duke mentransformerskan kereta lamanya sebuah ford cougar kepada kereta termahal didunia Bugatti Veyron.
Kereta ford yang berharga AS$1,600 (RM4,812) ditukar menjadi kereta sport Bugatti Veyron. Dia mengambil masa sembilan bulan untuk mengubah suai kereta itu.
Duke kini menjual kereta seperti Bugatti Veyron itu pada harga AS$89,000 (RM267,667.49). Harga sebenar kereta Bugatti Veyron ialah AS$1.6 juta (RM4.81 juta).
Namun, kereta Ford yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron itu menggunakan enjin 2.5 liter V6. Bugatti Veyron menggunakan enjin lapan liter yang boleh memecut sehingga 407.16 kilometer sejam.
No comments:
Post a Comment