Friday, July 15, 2011

Malaysia vs Liverpool : 67000 tiket terjual



Perlawanan persahabatan antara kelab terkemuka EPL Liverpool akan bertemu dengan pasukan Harimau Malaya sabtu ini, sebagai persediaan menghadapi Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

pada rabu lepas pasukan harimau malaya mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Arsenal. Arsenal berjaya mengatasi Malaysia 4-0.

Diharap dengan perlawanan menentang pasukan terkemuka dari EPL ini akan menyaksikan peningkatan kualiti permainan pasukan harimau malaya bagi menghadapi singapura sabtu ini

petikan dari pengarah proevents

"Sambutan daripada peminat amat baik,” kata Pengarah Urusan ProEvents San Boon Wah di sini hari ini.

Beliau mendedahkan bagi perlawanan membabitkan Liverpool esok, kira-kira 67,000 tiket sudah dijual setakat ini.

"Jumlah itu lebih tinggi daripada perlawanan Manchester United (Jelajah Asia) pada 2009.

"Antara sebab utama kenapa perlawanan Liverpool mendapat sambutan hangat ialah kerana pasukan itu beraksi buat pertama kali di Malaysia,” katanya.

Bagi perlawanan Chelsea pada 21 Julai di Stadium Nasional di Bukit Jalil, sebanyak 45,000 tiket sudah dijual setakat ini, katanya.

"Tiket bagi kedua-dua perlawanan masih ada,” katanya dan menurutnya 83,000 keping tiket dicetak bagi setiap perlawanan.

Perlawanan antara Liverpool FC dan Harimau Malaya akan bermula pada 5.45 petang esok, manakala perlawanan Chelsea-Harimau Muda akan bermula pada 8.45 malam, 21 Julai.

sumber

No comments: