Dato' siti nurhaliza, diva malaysia, penyanyi nombor satu negara, ahli perniagaan yang mengasaskan jenama simplySiti itulah gelaran unggul yang diberi kepada anak jati berasal dari kuala lipis pahang ini. walaupun hanya menamatkan pelajaran pada peringkat SPM dan kini sudah berdiri teguh di persada seni malaysia, indonesia dan Asia.
Ini semua tidak menghalang siti untuk meneruskan niatnya 10 tahun lalu untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebi tinggi.
Siti memilih UiTM sebagai tempat untuk menimba ilmu.
Impian Siti juga dalam masa yang sama turut mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
“Saya menyokong penuh cita-cita Siti untuk menyambung pelajaran dan semoga ia boleh menjadi inspirasi orang muda untuk berjaya,” katanya yang ditemui selepas Konsert Malam Gala dan Karnival Simplysiti di UiTM baru-baru ini.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar turut mengesahkan hasrat Siti untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi dan mengalu-alukan penglibatan Siti di UiTM.
katanya “Kita akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat Siti, lebih-lebih lagi kesediaannya membantu bersama-sama memungut dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian,” katanya.
semoga siti berjaya menjadi tauladan buat anak-anak muda untuk terus menuntut ilmu hingga berjaya.
No comments:
Post a Comment